Isnin, 2 Februari 2009

Jamaluddin, Osman masih Adun PKR-malaysiakini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lalu sebagai wakil rakyat parti itu.

Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman berkata kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

bm version behrang state seat 010209"Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka)," katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini, lapor Bernama.

Jamaluddin dan Mohd Osman "hilang" sejak Isnin lepas dan semalam Menteri

Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah meminta mereka supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Osman berkata usaha menghubungi kedua-dua Adun berkenaan sehingga kini masih gagal.

Lewat petang semalam, Speaker DUN Perak V Sivakumar mengumumkan Jamaluddin dan Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Adun sebelum kedua-dua mereka muncul membuat penafian melalui media.

Jamaluddin, 52, adalah pengerusi jawatankuasa pembangunan usahawan, koperasi, pertanian dan perladangan manakala Osman, 57, adalah pengerusi jawatankuasa pelancongan, pembangunan insan dan pertubuhan bukan kerajaan dan kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

bm version changkat jering state seat 010209Perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.

Semalam, Jamaluddin turut berkata beliau dan Osman masih Adun PKR dan tidak pernah membuat pengumuman menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Umno.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 32 kerusi dengan DAP (18) PKR (lapan) dan PAS (enam) manakala Barisan Nasional 27 kerusi.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008, BN menang 28 kerusi tetapi Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lalu.

Dalam pilihanraya lepas, Jamaluddin mendapat 6,771 undi menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.
 
 
 p/s: apa pun kita tunggu keputusan selanjutnya.. jika benar mereka letak jawatan kita lawan habis-habisan.. jika tidak umno akan kempunan la lagi.........

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...