Selasa, 10 Februari 2009

Umno Nak Jadi Hero Apa?-malaysiakini

Jangan jadi Jebat, jangan jadi penderhaka, Nizar penderhaka, Malaysia Tanah Melayu…Ini sebahagian kata-kata yang terpampang dalam demontrasi anjuran Umno. Nampaknya Umno nak jadi hero, tapi dia nak jadi hero apa?

Umno nak jadi hero Melayu, bolehkah?

Di Johor, bukankah ada tanah di negeri itu yang digadaikan kepada warga negara Singapura dan Hong Kong? Orang Umno Johor lebih tahu mengenai keadaan bumi Johor yang tergadai. Adakah Umno lupa bahawa 139,409 hektar Tanah Rezab Melayu telah dibatalkan oleh kerajaan BN dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula.

Kalau anda memandu di lebuhraya, anda pandang bukit-bukau di kiri kanan semasa di negeri Perak. Cuba anda Tanya orang Perak, siapa punya bukit-bukau itu semua. Melayu punya? Nizar bagi?

Bahasa Melayu bagaimana pula? Cendekiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Pedulikah Umno kepada persoalan ini?

Umno nak jadi hero Islam pula, bolehkah?

Lupakah kita kepada usaha Umno untuk menggugurkan perkataan Islam daripada Pas dan pertubuhan lain? Apa reaksi Umno bila Kelantan ingin melaksanakan hudud? Banyak lagilah…

Sekarang, Umno nak jadi hero raja pula, bolehkah?

Siapa tabal raja di bawah pokok kelapa di Kelantan kalau bukan Anuar Musa. Dia orang Pas? Siapa yang hentam Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini? Shahidan, Mohd Mat Taib dan Idris Jusoh tentu tahu.

Tapi jangan bimbang wahai Umno, anda boleh jadi hero. Pemimpin anda juga memang hero. Hero apa? Anda tanyalah kepada Tengku Ahmad Rithauddeen. Dia ada jawapannya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah kami P.R dilabel Hang Jebat drpd UMNO yang digelar Hang Tuah,kalau dari sejarah apa kerja Hang Tuah?BAWA LARI ANAK DARA orang untuk dipersembahkan pada raja sedangkan Hang Jebat bermati-matian mempertahankan prinsip,tengoklah isu peribadi bakal p.m kita,HAMPEHH!!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...