Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa 'tidak faham undang-undang cukai" walaupun dua penggal menerajui kerajaan Selangor selama dua penggal.
"Kenyataannya menunjukkan betapa ceteknya pemahaman bekas menteri besar itu dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak syarikat," kata Nik Nazmi Nik Ahmad, setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Apakah Dr Mohamad Khir tahu makna 'faedah bukan wang' (benefits in kind)?
"Jika tidak, ia amatlah memalukan, sebagai seorang bekas menteri besar yang telah mengetuai ketua kerajaan negeri selama dua penggal.
"Atau beliau hanya mahu mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas kesalahan ini?"
Nik Nazmi berkata, pertemuan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) semalam mendapati segala faedah bukan wang mestilah dimasukkan dalam borang taksiran (EA), tanpa pengecualian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengulas kenyataan Dr Mohamad Khir, Jumaat lalu yang dilaporkan berkata, jika beliau membayar cukai kereta, ia akan menjadi bayaran berganda kepada LHDN kerana syarikat juga membayarnya.
Beliau menjawab pendedahan pejabat Abdul Khalid yang mendakwa Dr Mohamad Khir sebagai pengerusi PNSB sebelum ini pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada 2005 dan disediakan seorang pemandu setahun kemudian.
Bagaimanapun, pejabat menteri besar mendakwa tiada kemudahan tersebut dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan PNSB sebelum ini.
Nik Nazmi juga berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan meneruskan proses penilaian terhadap anak-anak syarikat milik kerajaan negeri demi menjalankan pentadbiran telus dan bertanggungjawab.
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
http://zulmamakpng.blogspot.com/
"!!... LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan