Rabu, 4 Mac 2009

Nujum Pak Belalang...Versi UMNO Hua Hua Hua. Lawak je...-malaysiakini

Kenkawan...baca dengan intonasi...yg betul yer? baru boleh dapat feel nyer....

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita.... Hahahahaha.. .!!!!

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR yakin tinggi kedudukannya. ..'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...''Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..''Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

http://zulmamakpng.blogspot.com/

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Zul..786.

Bagus juga...dalam keadaan tension ni...buat kelakar...
ini soalan...mesti ada orang kasi peecaahh laaa.!!

Ikut suka belalang...lah

belalang...belalang
ari tu aku tak mau lawan
kau suruh lawan

sekarang....lawan tetap lawan
lawan sampai menang!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...