Isnin, 30 Mac 2009

melayu UMNO(B) sudah hilang jati diri-malaysiakini

Salam cikgu dan pengunjung kerajaan rakyat,

Masa terus berlalu dan masih menggunakan nama samaran Thamby Kecik agar Mahathir jangan bermulut celupar mengatakan melayu mudah lupa.

Thamby Kecik sinonim dengan nama pembesar Melaka dan akan mengingatkan kita betapa perlakuan seorang ketua menteri merogol seorang gadis melayu bawah umur dan hasil kepincangan sistem kehakiman negara YB Lim Guan Eng disumbat kedalam penjara.

Buat permulaan bicara atas tajuk maka orang melayu UMNO(B)wajib bertanya siapa Mahathir yang begitu ghairah bercakap persoalan orang melayu.

Siapa Mahathir ?
Kenapa bermati-matian bercakap soal UMNO(B)dan hal ehwal orang melayu ?

Dari situ,mari kita lihat ideologi UMNO(B)/BN/ZIONIS dan Imperialis.

Saya ulangi titipan yang lalu :
Dari perhitungan kaum zionis dan imperalis,secara jangka panjang adalah lebih selamat jika yang ditentang oleh rakyat hanyalah manifestasi moral dan bukan penentangan terhadap kuasa,modal dan asas ekonomi yang didukung oleh pemodal antarabangsa.

Sesungguhnya melayu UMNO(B) sudah hilang jati diri.
Mahathir berjaya melemahkan kuasa raja-raja melayu. Melemahkan sistem kehakiman. Memanupulasi Parlimen dan Perlembagaan negara.

Melayu UMNO(B) mudah lupa pada sejarah diri.
ApakahUMNO(B) lambang perjuangan orang melayu ?
Apakah United Malays (Melayu) National Organization sebuah parti melayu yang genuine(asli)?
Kalau begitu yang disangka singkir sahaja ahli yang tidak mempunyai jati diri dan siasah !
Ubah perlembagaan UMNO(B)sediada kembali pada perlembagaan asal dengan menerima ahli-ahlinya berdasar pada United Melayu National Organaziation.

Kalau ini terjadi saya rela kembali kepada UMNO dan berjuang bersama-sama untuk ugama bangsa dan tanahair terutama bangsa melayu yang semakin lemah dan terpinggir.

Andainya Mahathir/mamak ingin juga di bawah pakatan BN, maka wujudkan sahaja lagi satu parti yang berteraskan kaum mamak india dan bernaung dibawah BN.

Apakah orang melayu lupa dari mana asal -usul Parameswara ?
Sejak kedatangan beliau dan penjajah, kepulauan melayu berpecah-pecah atas dasar pecah perintah yang didokongi oleh penjajah dan ideologi ini meresap dalam diri Mahathir.

Sebenarnya orang melayu dan kaum-kaum lain yang tidak menyokong UMNO(B)/BN adalah terdiri dari satu bangsa Malaysia yang menentang kuasa imperalis/kapitalis yang telah meresap dan menjadi pegangan hidup ahli-ahli UMNO(B) kini.

Oleh kerana ada sokongan puak-puak Anglo-Amerika, sekutu dan jentera kerajaan terutama PDRM maka UMNO(B) tidak akan teragak-agak memenjarakan mereka yang menentang dengan menggunakan akta ISA, OSA, AUKU dll. hatta membunuh.

Kepada orang melayu yang punya harga diri dan jati diri juga kaum2 lain yang punya hak di bumi malaysia sebagai warganegara marilah sama2 kita menolak UMNO(B) ciptaan Mahathir.
Lupakan UMNO(B) yang kononnya memperjuangkan nasib orang melayu dan kaum-kaum lain.

Kesilapan membawa masuk kembali Mahathir tidak akan dimaafkan oleh orang melayu yang punya harga diri.

Kepada pemimpin melayu UMNO(B)anda tidak akan dimaafkan atas perlakuan sundal ini.

Terima Kasih.
Tamby Kecik

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...