Tolong sampaikan kepada yang berkenaan :
Pemimpin, Bloggers Dan Penyokong UMNO. Tolong Jawab...!!!
Salam semua pengunjung dan pembicara minda Kerajaan Rakyat, semoga kalian berada dalam peliharaan ALLAH s.w.t hendaknya...
Seorang penitip bicara minda bernama 'Guest' bertanya soalan berikut:
Persoalan berkaitan kes Dato' Seri Najib Razak, presiden UMNO. Demi untuk tidak mengelirukan dan membuatkan RAKYAT tertanya-tanya, maka laman Kerajaan Rakyat.com mempersilakan dan memohon jasa baik para pemimpin, bloggers dan penyokong UMNO/BN untuk menjawabnya.
Andainya tiada jawapan yang konkrit dan logik, maka dengan sendirinya RAKYAT Malaysia akan menghakimkan bahawa Dato' Seri Najib Razak, presiden UMNO sebagai bersalah dan cuba berselindung menggunakan statusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perlu diingat, mengenepikan kesalahan sendiri dengan menggunakan status sebagai timbalan perdana menteri boleh ditakrifkan sebagai menyalahgunakan kuasa!!!
Sekiranya para penyokong dan bloggers UMNO juga gagal untuk memberikan jawapan, maka ini memberi maksud bahawa bloggers dan penyokong UMNO/BN juga adalah dalam kalangan mereka yang tidak bermaruah, maka bolehlah RAKYAT anggap mereka seperti "Lembu yang dicucuk hidung" - mengikut pemimpin mereka tanpa usul periksa kerana mereka bebal, bahalol dan tolol.
Soalan-soalannya seperti berikut:
1 - Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)
2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)
3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??
4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???
5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??
6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??
7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??
Kepada pemimpin, blogger dan penyokong UMNO, sila jawab kesemua soalan yang diutarakan.
Nota: Kepada para pengunjung, sekiranya ada lagi apa-apa keraguan, sila titipankan di ruangan komen dan harap penitip bicara minda pro umno dapat membantu untuk meleraikan keraguan RAKYAT.
Salam Takzim.
-abudol albahlol
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
6 ulasan:
Mereka tidak akan dapat menjawab soalan anda secara professional. Jawapan mereka pasti merapu aje macam orang hilang akal kerana mereka di saat ini memang amat berbangga menyokong sebuah parti ketuanan melayu' yg pemimpin mereka ramai yg mengamalkan politik wang untuk berebut kuasa dan kedudukan. Akhlak rasuah ini yg mereka sokong?. Pening dibuatnya. Mereka lupa doa Iftitah yg dibaca setiap solay, solat aku, mati aku kerana Allah SWT tetapi parti yg diwarnakan dengan politik wang juga disokong bagai nak rak.
Berani ka depa jawap....
i berani keranti depa tak akan jawap...kalu jawap ...hancur kecai la UMno...percaya la...
Hi semua,
Mereka tidak akan jawap oleh sebab mengutamakan kepentingan diri and keluarga mereka!
lagi soalan tambahan... maaf - saya nak menumpang tanya dengan puak puak UMNO ni...
1. Kenapa Musa Safri tidak disiasat atau dipanggil beri keterangan sedangkan nama dia keluar semasa perbicaraan
2. Siapa yang arahkan pemadaman rekod kemasukkan Altantuya dan rakan rakan dia???
sorrylah, otak mereka berumput. anak anak & cucu cucu mereka akan berasa amat termalu terhadap tindakan mereka yang bersebarisan dengan pembunuh kejam.
welldone btw.
dah dua kali aku masuk sini..pagi tadi cuma ada soalan..lani pun tetap dengan soalan..mana ada depa ni berani nak jawab..kalo ada pun mesti si bingai yang tak tau apa pasal ni..umno^^$$^#$%^$^&$&%6bodo..
Catat Ulasan