Ahad, 22 Mac 2009

PRK Bukit Gantang ; “Tak ada masalah siapa calon, asalkan hijau” – Pengundi Cina -malaysiakini

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/hanafiahdanbashir.jpgBukit Gantang  – Pengundi Cina dalam kawasan pilihanraya Bukit Gantang tidak kira siapa calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, asalkan dari PAS.

Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu Haji Hanafiah Ramly@Mat memberitahu Buletinonline hari ini.

"Saya menerima pengakuan mereka, kata mereka, tidak kira siapa calon, asalkan 'hijau',"katanya ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS Parlimen Bukit Gantang, Saudara Bashir, telah melancarkan Bilik Gerakan Jentera Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina di Sungai Karang dalam DUN Trong semalam.

Katanya Seramai 53 orang teman-teman daripada kaum Cina telah mengisytiharkan diri mereka bersama gelombang rakyat dan menyertai Kelab Penyokong PAS. (Gambar - Haji Hanafiah bersama En. Bashir semasa pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong peringkat parlimen pada 15 Mac lalu)

"Mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada saudara Musa Daud, Pengerusi Kelab Penyokong PAS bagi DUN Trong,

"InsyaAllah, pelancaran Jentera Kelab Penyokong PAS DUN Trong akan dibuat pada minggu depan,"kata Haji Hanafiah.

Sementara itu, seramai tujuh puluh orang petugas PAS Terengganu telah pun berkampung dan menjalankan gerak kerja kempen di beberapa Unit Peti Undi, DUN Changkat Jering.

"Mereka mula melaporkan diri dan bertugas sejak 18 Mac lalu,"kata Setiausaha Kerja  Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, A-Ghazali

 
 
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

4 ulasan:

Pengasas berkata...

Salam Zul,
Semoga kita dan semua pengundi sentiasa mengenali perjuangan yang benar dan adil.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum,
pekabor kamarullail (Tak dapat jadi calon) atau "Lun" nama glamour di kampung. Teman doakan mike berubah dan ngajak pengundi BG sokong PAS. Mike tak laku di BG.Jangan jadi melukut di tepi gantang. Teman kesian kat mike. Uboh le perjuangan. Mike tak kemana pun. Balik le kampung. Tunjuk taring mike. Perjuangan PAS tak akan berkubur macam Ameno tak lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

Salam "Lun", selaku orang kuat BG, mike jangan lupe perjuangan orang-orang kampung sebelum ni. Madrasah Al-Isalamiyah di kampung tak wujud kalau tak de perjuangan menegakkan Islam. Salam dari Kubur Tanah Wakaf.

Tanpa Nama berkata...

Bile baca komen, baru teman teringat. Lun mike kena ingat Junaidi yang kena tangkap rasuah di Raub tu kawan mike kat Teknik Ipoh dulu, tempat MB NIzar belajor. Mike due-due ni salah masuk parti. Teman harap mike pikio bebaik.Pak Ngah dulu sebelum diambik Allah pun masuk PAS kerana wadah perjuanagn Islam.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...