Ahad, 22 Mac 2009

PRK BUKIT SELAMBAU : MASALAH CALON SELESAI-malaysiakini

Media menggembar-gemburkan bahawa terdapat penentangan hebat terhadap pemilihan Manikumar sebagai calon PKR di DUN Bukit Selambau, tetapi hakikatnya ianya hanyalah perkara kecil yang telahpun diselesaikan.

2 hari lepas beberapa pengundi India di DUN tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan pemilihan Manikumar, 35 yang mereka sifatkan masih muda dan tidak dikenali di Bukit Selambau.


Namun selepas mereka meneliti latar belakang dan asal usul Manikumar mereka bersetuju dan akur dengan pemilihan beliau yang mereka sifatkan berpendidikan tinggi, berhemah dan berintegriti. Malah Manikumar juga amat disanjungi oleh penduduk setempat.

Manikumar lulusan sarjana dari UUM fasih berbahasa Malaysia, Tamil, Inggeris dan Sepanyol. Beliau adalah seorang usahawan berjaya selain mempunyai hubungan baik dengan rakyat akar umbi.

Anak muda sudah tentu akan terus memberikan sokongan kepada Manikumar yang baru berusia 35 tahun dan pasti mengetahui kehendak dan idealisme anak muda berbanding calon BN yang sudah 'expired'.

Berlainan dengan calon BN, Ganesan yang disifatkan calon 'recycle' yang merupakan bekas ADUN dan sudah berumur. Lebih teruk lagi Ganesan sebenarnya jelmaan Samy Vellu kerana beliau merupakan orang kuat Samy Vellu dari dahulu lagi. Rakyat memang membenci Samy Vellu dan dengan sendirinya Ganesan terpalit sama.

Pemilihan Ganesan sebagai calon BN disifatkan oleh rakyat Bukit Selambau sebagai memberikan kemenangan percuma kepada PR kerana MIC semenangnya sudah tidak relevan kepada rakyat malah Ganesan sendiri juga tidak relevan kepada rakyat kerana hubungan akrabnya dengan Samy Vellu.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat bukan kisah pun dengan calon pkr tu. rakyat nak barisan nasional bukannya pakatan rakyat yang penipu tu...

Tanpa Nama berkata...

anon 2:54 Hai, betulkah bagai dikataaaaaaaaaaa ????, meleset sekali nampaknya andaian hang neh.

Tanpa Nama berkata...

yang tak mau boh nama,
Punya bengabnya...tu la,dah terlalu lama dalam bee eend...balik pi cermin sikit.
Dah 50 tahun kena tipu...tak sedar diri!
tunggu tenggok nanti,kuasa rakyat jadi penentu!

Tanpa Nama berkata...

Kalo siapo yang menyokong Bee End , hanya satu sebab saja- $$$$.

Tanpa Nama berkata...

aku pun x mau boh nama la...tp bukan sebab aku bodoh la.rakyat dah tolak BN dah...yg sokong BN mcm korang 2 yg bodoh..calon PR di N25 bukit selambau adalah calon rakyat..Tahniah kepada PKR kerana mengenengahkan calon muda dan berkaliber..lawan tetap lawan!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong Nabil...dah terlalu lama dok kena tipu...sampai dulu mantan PM kata "ada biawak terbang" pun depa percaya!!..depa kata mungkin ada..cuma kita tak ketemu!
tak ada mungkinnya...kalau dah biawak tu merangkak jugalah jawabnya!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...