Ahad, 5 April 2009

N25 Bukit Selambau: EZAM HINA KAUM INDIA.


BUKIT SELAMBAU:BEKAS pimpinan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor diselar kerana dianggap menghina kaum India yang berkulit gelap ketika menyampaikan ceramah sempena kempen pilihanraya di Sungai Lalang, Bukit Selambau baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharim atau lebih di kenali dengan nama Cikdu Bard berkata Ezam tidak seharusnya menggunakan sentimen perkauman yang diamalkan oleh Umno/BN untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Ezam cuba menghina Anwar yang didakwa memilih calon Pakatan dari keturunan yang berkulit gelap sedangkan beliau sendiri tidak menyedari bahawa calon BN juga dari keturunan India," kata Cikgu Bard.

Menurut Cikgu Bard, sentimen perkauman yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN yang telah cuba dikikis tetapi cuba dihidupkan kembali oleh Ezam yang telah ketandusan idea dalam ceramah-ceramah beliau.

"Dia (Ezam) pergi ketempat orang melayu, mereka akan mengutuk bangsa lain, bila pergi kepada bangsa lain mereka tidak segan silu memperlekeh kaum mereka sendiri. Ini yang dilakukan Ezam sekarang.

"Kami dari barisan Pakatan rakyat dari peringkat ahli hingga keperingkat tertinggi ingin mengingatkan Ezam dan pemimpin-pemimpin BN supaya jangan sekali-kali menghina mana-mana bangsa dan keturunan pun kerana mereka adalah rakyat negara ini yang sah dan diperakui oleh perlembagaan.

"Ezam, Umno dan BN jangan cuba mengeruhkan perpaduan kaum di negara ini semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata," ujar Cikgu Bad.

Menyentuh mengenai kelibat Ezam yang seringkali kelihatan bila berlaku pilihanraya kecil, Cikgu Bard Berkata Ezam hanya dijadikan alat oleh pemimpin Umno.

"Ezam tidak mempunyai apa-apa nilai tambah kepada BN serta tidak menjejaskan Pakatan Rakyat sedikti pun, ceramah beliau hanya dihadiri petugas-petugas BN sahaja, buktinya dalam dua pilihanraya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dimana Ezam diberi aksi untuk beraksi namun kehebatannya sudah tiada kerana tembelang perjuangannya sudah diketahui rakyat.

"Dulu gah kerana katanya dia mahu bersihkan Umno dari rasuah dan penyelewengan kuasa tapi tengoklah apa Ezam buat ketika berlaku rasuah politik dan politik wang berlaku dalam pemilihan Umno dulu. Janganlah berselindung Ezam, hentikan retorik politik kamu," sindir Cikgu Bard.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

10 ulasan:

Tinta Hitam berkata...

Saya malas nak komen pasal ezam ni.Sebab dia mmg tiada impak apa apa pd keputusan pilihanraya...nampak sgt di makin bodoh sejak join UMNO ni

tuan-komrad berkata...

dia suka jadi pak lawak..tukang mengabiskan ayaq liuq

akira8047 berkata...

Manusia beginilah yang aku suka ada dalam UMNO. Baru cepat parti ini ditalkinkan.

jomlawat:
http://kedaikopitepimasjid.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kalau benar ezam menghina kaum india...jadi dia tu barua pada UMNO/BN..jangan sesekali mencuit sentimen kaum...umpama mejerus minyak dalam api..jangan sesekali ungkit sentimen kaum abang oii....kita sama sama jaga ya...ali,muthu,ah chong,douglas(sabah)dan ungah(sarawak) adalah sebuah keluarga..jadi jangan main main...ikhlas

Jom Kaleh berkata...

hang ni dasyat la brader Zul Mamak...hang ni memang pakar kaleh laa...semua gambaq orang hang anti di kalehkan...aku takot hang nanti kena kaleh dengan bos tempat keja hang sajaa....

anti Ezam berkata...

memang patut la gambaq Ezam hang kaleh...pasai hang terasa kot Ezam kan kata yang 'berkulit gelap'...Ezam,Ezam...buang karan ja hang ceramah kat Bkt Selambau tu..dok rumah senyap2 pun baguihh...

Tanpa Nama berkata...

BoDoh betul si ezam ini, kalau nak ketuk calon hindu pakatan kulitnya terlalu hitam,keke kek kek macham mana dengan mamak zambry, samy pochei vellu, si bapak firuan mahathir- si kutty itu, semua ni berkulit putih macam salji kot? samy tu mat salleh kot, Kavyeas- kyi-plus tu mat salleh kot, zam zam ala kazambry tu mat salleh kot, itulah, kalau nak panggil si ezam tu kurang pandai, tu kira tak baik, tapi kalau panggil dia otak sotong tu macam mana pulak?

Warlord PKR berkata...

Aku sudah kaya bila mask UMNO/BN. Tugas aku ialah tukang buruk pakatan raykat. Nanti menang dapat lagi wang lumayan besar. Hahaha korang semua bodoh, aku mau cari makan disini.Ezam bagai satu barang yg rosak takda spare part dan di kutip dari tong sampah oleh UMNO dengan pembelian yang mahal.Hidup Rakyat, Hidup Reformasi,People Power.

Tanpa Nama berkata...

Nasib kuda trojan.... Dok dlm PR elok2 p masuk mulut buaya. Lepas tu dok jadi pencacai yg modalnya sampai umur tua pun dok kata Anuar tk betul. Aku rasa dia ni mamai la.

slyderrose berkata...

nak dapat publicity murah dan mudah ialah dengan muncul di pentas Bn/ umno. Ezam telah berjaya melakukan. Masa dia dalam PKR mana dapat keluar tv dan suratkhabar. Sekarang kan bisa aje. Kali ini tak pasti pulak sama ada dia bawak kawan baik dia ia itu Nallakurappan.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...