Khamis, 7 Mei 2009

demokrasi cara haram jadah-malaysiakini


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/070509_Sivakumar%20dragged%20out_Pic%20by%20Sinar%20Harian.jpgSetelah 50 tahun lebih negara merdeka akhirnya kerajaan Barisan Nasional hari ini tidak mampu lagi menegakkan demokrasi di Malaysia. Malaysia sudah menjadi negara polis pada hari ini dimana, polis telah bermaharajalela, menghambat, menangkap orang ramai dan mengganggu gugat demokrasi, termasuk mencabuli Dewan Undangan Negeri Perak, satu cabang Lejislatif yang dianggap suci sebelum ini

Sehingga jam 2.47 petang Speaker DUN tetap duduk diatas keruasinya walaupun mikrofon beliau telah dirampas.

Sebelumnya, kerajaan haram BN Perak telah melantik Ganesan sebagai speaker  namun tidak dapat menguasai DUN Perak kerana Sivakumar masih duduk dikerusi tersebut.


Sebagaimana yang telah dirancang, polis telah menyerbu masuk dan mengheret Sivakumar keluar dari Dewan unfdangan negeri Perak (Gambar - Sivakumar diheret oleh apa yang dikatakan 'demokrasi' oleh UMNO/BN ??)


Ia terbukti dengan catatan Khalil Idham Lim Adun Titit Serong dalam Blognya;

Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orangpolis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/dipaksakeluar1.jpgSaya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.

zmp:kepada semua pemimpin politik PR aku sarankan agar kita tukar kerjaya kepada penjenayah....... sekarang ini fungsi polis bukan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.. tetepi sebagai BARUA dan PENCACAI umno/bn..

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...