Jumaat, 8 Mei 2009

Sidang media DS Ir Nizar-malaysiakini









IPOH, 7 Mei (Hari Gelita) : Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.
Antara isi sidang media ialah :
  • Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson
  • PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan
  • Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia
  • Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi
  • ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
  • Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar
  • Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia
  • Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini
  • Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam
  • Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak

(ar_rawa)




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,
Saya ada berborak dengan pegawai atasan (bhg pengajian) Universiti,antara dailognya;

....(menegur saya) Amacam diPerak?...(Soalan Sindir!)

Saya,....dah jadi kelamkabut! itulah akibat tak ada majoriti banyak!(nak jaga hati..prof)

Kata dia..."Tak apa,sekarang dah nampak ok...BN dah dapat balik "Speker Dewan"....Aku bukan apa,aku tak suka si India tu....aku tak boleh pandang dia,suka buat "Besak Kepala",orang India kalau ada jawatan ,suka besak kepala!

Kata Saya.....Dak aih,..depa ..lantik tu pasal dia ada kebolehan , ada ketokohan dan juga ada pelajaran...saya rasa dia layak, sebab itu depa lantik.

Kata dia..."apa pun aku tak suka sebab dia orang "India"...

Saya jawab...BN lantik nama apa ye?(saja buat tanya...la)

Kata dia..."Tak tahu lak saya, janji BN tu orang Melayu"

Kata saya..."Saya dengar namanya Ganeson...tak tahu pulak bangsa apa?...(saja perli)

Ada juga bijak pandai ...yang diperbodoh akibat,,tidak mau ambil berat terhadap isu semasa!
Mereka ini dikongkong mindanya..IPT tak dibenarkan berpolitik?

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...