Khamis, 7 Mei 2009

terkini dari IPOH-malaysiakini


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/6UZIzT3U6q_thumb_7MayinIpoh001.JPG

Semalam Speaker DUN Perak V Sivakumar masih berharap persidangan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009 ditangguhkan. 

Jika persidangan diteruskan, mungkin inilah persidangan yang paling hangat dalam sejarah Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu 7 Mei 2009. 

Apakah akan berlaku dalam persidangan itu? Setiap orang membuat ramalan atau spekulasi masing-masing. 

Pelbagai idea atau pandangan disalurkan melalui media massa termasuk blog-blog.Semuanya merupakan analisa masing-masing.

Belum tentu sealiran dengan apa yang difikirkan oleh Speaker. Tetapi, yang menjadi hakikat sehingga ke detik ini ialah Speaker masih menaruh harapan bahawa Persidangan Dewan Negeri akan ditangguhkan untuk kebaikan seluruh Rakyat Negeri Perak. 


8.00 am - Jalan menuju k DUN Perak dihalangi oleh banyak sekatan jalanraya, ia dimaklumkan telah dilakukan sejak malam semalamhttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/Fhf5B0GUHZ_thumb_May7stateassembly001.JPG

8.10 - Ramai yang hadir pada program Solat hajat yang diadakan di Manjoi pagi ini, namun masjid Manjoi telah dikunci. Solat hajat telah diadakan di markaz PAS berdekatan

8.17 - Lapan kenderaan FRU diletakkan dihadapan DUN Perak, seramai 20 orang berbaju hitam berada disitu, mereka beredar apabila dihambat oleh FRU

8.30 - Sidang DUN djadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi.

8.35 - Polis terus menghambat mereka yang datang, mereka menjerit 'tangkap, tangkap". Beberapa orang telah ditahan polis termasuk Koo Puay Tiong, ADUN dari Melaka

8.40 - Seorang saksi mata telah memberitahu MP Ampang Zuraida Kamaruidn juga telah ditahan polis.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/HvRLzqVVvU_thumb_7Maystateassembly005.JPG
8.45 - Sekelompok ramai mengiringi ADUN Pakatan Rakyat menuju ke dalam DUN, kemudian mereka bersurai apabila dihambat polis. ADUN Pakatan Rakyat telah masuk kedalam bangunan DUN

8.50 - Seramai 7 orang lagi dilaporkan telah ditahan polis termasuk seorang wanita yang memakai topi hitam. Polis tidak menggunakan budi bicara langsung. Sesiapa yang dilihat berhampiran dan memakai baju hitam akan dikejar dan ditahan


9.00 - Wanita yang bertopi hitam adalah Janice Lee,  Adun Teratai,  Selangor. Lihat gambarnya disebelah,  semasa beliau  ditahan polis


buletinonline 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...