Ahad, 14 Jun 2009

Dato Seri Nizar angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang Esok-malaysiakini




Dato Seri Nizar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di hadapan Speaker Dewan Rakyat pada pagi Esok iaitu 15 Jun 2009. Kehadiran beliau di Parlimen akan menghangatkan lagi persidangan kali ini.
Satu rombongan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak dan penyokong-penyokong akan pergi ke Parlimen pagi esok. Rombongan ini bertujuan memberi semangat dan sokongan moral kepada Dato Seri Nizar yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rombongan ini akan bertolak awal pagi dari Ipoh dan dijangka sampai di Parlimen lebih kurang jam 9.00 pagi.

Taniah diucapkan kepada Dato Seri Nizar.

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...