Isnin, 8 Jun 2009

Siri 87 Alahai : Isu YDP MPSP : Johari Kassim kena letak jawatan-malaysiakini

Dengan gaji bulanan RM8,000 dan peruntukan tahunan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM 1 juta, mana mungkin sesiapapun tidak mengidam jawatan berkenaan.

Justeru itu, bagi membuktikan dirinya tidak mengidam jawatan Yang Dipertua MPSP, Ketua Wip MPSP dari PKR Johari Kassim
( foto) perlu meletakkan jawatan.

"Jika dia ada maruah, ada harga diri, dia kena buktikan kononnya dia tidak pernah mengimpikan jawatan YDP MPSP dengan melatak jawatan," jelas seorang pemimpin PKR di Permatang Pauh.

"Johari jangan cuba berselindung di sebalik parti, kononnya hanya akan letak jawatan jika parti memintanya berbuat demikian," tegasnya.

Johari juga katanya perlu mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan bersama semua ahli majlis PKR yang lain sebagai membantah perlantikan Mokhtar Mohd Jait, sebagai YDP MPSP.

Mokhtar sebelum itu adalah Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.

"Setakat menafikan dia tidak mahu jawatan YDP, tidak cukup, dia kena buktikan melalui tindakannya meletakkan jawatan.

"Ini juga membantu membersihkan PKR daripada pandangan serong orang ramai yang mengatakan pemimpin PKR gila pangkat dan jawatan," ulas pemimpin PKR berkenaan.

Tindakan itu juga katanya bagi menafikan dakwaan Lim Guan Eng bahawa Johari mengidam jawatan tersebut, sepertimana diberitahu kepadanya oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Guan Eng dalam laporan muka depan Sinar Harian Sabtu lalu, membidas Johari dan tujuh ahli majlis dari PKR kerana memboikot majlis angkat sumpah Mokhtar Mohd Jait.

" Johari dan tujuh lagi ahli majlis dari PKR itu sepatutnya mengutamakan orang ramai, bukannya mengutamakan kepentingan individu.

"Beliau telah bertindak sedemikian kerana ingin jawatan itu dan menurut jangkaan awal, beliau sepatutnya memegang jawatan itu jika YDP MPSP dilantik dari kalangan anggota PKR," Guan Eng dipetik berkata.

Menurut Berita Harian bertarikh 5 Jun 2009, Johari turut menuduh Guan Eng kononnya memperalatkan Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman untuk mengumumkan perlantikan Mokhtar, bagi mengelak dirinya dipersalahkan.

Tuduhan Johari itu, dilihat banyak pihak sebagai cuba melaga-lagakan pimpinan PKR dan DAP dalam mentadbir urus kerajaan negeri Pulau Pinang.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Perkara-perkara sebegini tidak sepatutnya wujud dikalangan Pakatan Rakyat.
Rasanya tidak perlulah jawatan YDP diberikan kepada ahli politik. Cukuplah sekadar dilaksana atau diamanahkan kepada penjawat awam yang layak.
Jangan biarkan penyakit Umno terus merasuk jiwa raga ahli Pakatan Rakyat.
Anwar mungkin boleh tengok sikit anak-anak buah dibawah, kalau perlu amik saja tindakan.


johari yg dok ugut nak letak jawatan...tapi bila dap suruh dia letak jawatan dia marah dap pulak...kah..kah..lawak bodoh johari kassim ni...dia selalu dok gaduh pasai apa dia tak boleh jadi "tender board"...dalam MPSP...maknanya dia nak dok dalam jawatankuasa tender MPSP supaya senang nak perbetoi kroni2 dia...adalah sikit habuan bila tolong kawan2...katakan benar tapi pahit......amk tulen said

kata aku klik disini

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

4 ulasan:

Tun Saban berkata...

Johari lah yang marah sangat kat din binjai kerana mendedahkan rasuah fairus.macam umno,lagipun lepaih menang ni baru muncul balik.patutnya din binjai yang selamatkan 6.2 juta duit rakyat penang diberi ketua wrip ahli majlis,bukan johari.pimpinan takde teloq.dsai ambil tindakan.takan tak ambil kot.hidup anak muda keadilan.

amk tulen berkata...

johari kena letak jawatan...
Dia sendiri yg kata nak letak jawatan...kalau ada maruah dia kena letak jawatan...kalau nak jaga maruah parti, dia kena letak jawatan...atau mungkin dia ni budak suruhan dato zahrain...kenapa nak marah dap bila dap suruh dia letak jawatan...
johari tak dak maruah diri...
maruah kena bayar dengan maruah...

oppss..diamjoedahmai....

diamjoedahmai berkata...

lawati diamjoedahmaiblogspot nantikan pendedahan bersiri siapa johari kassim...tungguuu

..cu tuk Merah berkata...

Salam semua,

Kan dah ada yang minta letak jawatan...Jo oi....alahai Jo,saja cari sakit!....kan kan kan!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...