MANEK URAI – Memang benar, dan tepat sekali apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak
Najib berkata pilihanraya kecil adalah membazirkan jutaan ringgit wang rakyat, oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. (Gambar - Kanopi didirikan untuk polis di UPU Laloh)
Walaupun kalah pada PRK Penanti, BN patut dipuji kerana dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai Malaysia.
Kata-kata Najib umpama ‘hikmat’ itu yang terbukti benar di PRK Penanti sepatutnya menjadi ikutan dan pegangan BN dan mengambil keputusan tidak bertanding di PRK Manek Urai.
Namun, terbukti ‘benar dan tiada lain yang benar, kecuali benar-benar berlaku pada PRK Manek Urai apabila BN bertanding.
Pembinaan 5 blok kanopi mega di belakang balai polis Laloh, disini, bakal menyaksikan kebenaran kata-kata Najib, dan rakyat akan kerugian berjuta ringgit sekali lagi.
Kanopi tersebut akan menempatkan ribuan polis yang juga memakan belanja jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.
Berapa juta pula wang yang akan digunakan untuk ‘menyogok’ pengundi ?
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
2 ulasan:
Hangpa lah pulak jangan letak calon, amacam baru seriii...jeng-jeng-jeng
Bhai..
Gua tak kesah UMNO/BN bertanding di Man U ... cuma ... jangan la guna polis untuk jaga keselamatan UMNO/BN .. jaga keselamatan rakyat jelata ok gak...
Tapi bukan jaga keselamatan UMNO/BN ... duit bayar Polis tue bukan datang dari poket UMNO/BN
Kalau betul UMNO/BN risau bab keselamatan diorang... patut diorang upah jer Pengawal Keselamatan Nepal (Gurkha) untuk jaga diorang... guna duit diorang sendiri la... baru adil...
Ini bodoh nak mampus UMNO/BN
Catat Ulasan