Jumaat, 21 Ogos 2009

Mahfudz-BN Guna Tentera; Zahid penipu?

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/atm02.jpgNaib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar menyanggah penafian Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pilihanraya terbabit.

Beliau berkata, dakwaan Zahid kononnya kor perubatan tentera berada di Permatang Pasir adalah kerana program ‘jiwa murni’ dan bukan bertujuan politik .

Mahfudz mempersoalkan, ’Sesiapa di sini boleh yakin dan percaya kenyataan Zahid itu?

Menurut Mahfudz kor perubatan tentera tersebut di letakkan dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

”Kor perubatan tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir, kalau tidak bertujuan politik, itu bertujuan apa?,

”Di tangan saya ini, ada beberapa gambar bukti ‘UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’, khususnya pengundi Permatang Pauh sendiri,”tegas Mahfudz

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/atm031.jpgKatanya, adakah Zahid juga mahu berbohong dan mengkhianati amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati oleh calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Tegasnya lagi, yang mengatakan Rohaizat sedemikian, bukan PAS tetapi tetapi bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak.

Menurutnya, beliau dimakluman, Yusri sudah mula berkempen untuk membersihkan dirinya dari fitnah yang ditohmah oleh UMNO/BN ke atas dirinya.

”Fitnah tersebut menjejaskan maruah keluarganya.Yusri akan terus kemben bersih diri dan keluarganya di atas mana-mana pentas yang diberikan,”tambah Mahfudz


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

3 ulasan:

Amuraria berkata...

TAK BOHONG & PENIPU BUKAN UMNOI LA ! PEMIMPIN2 UMNOI TADAK YANG TELUS & JUJUR ! KAKI KELENTONG BANYAK LA , APASAJA BOLEH SONGLAP DEPA SONGLAP LA SESAMA DEPA ,FARAID MEMFARAID MEMBAWAK BAHAGIA ....PADA UMNOI ! ITU LA KERJA UMNOI DARI DULU SAMPAI BILA2 JIKA TAK TUKARKAN PARTI PENGKHIANAT AGAMA & BANGSA INI !

Amuraria berkata...

SAMPAI ADA MEMBER KATA MALAYSIA NI DIPERINTAH OLEH BABI KOT ? PASAI SELESEMA BABI MAI DENGAN TERUK MASIH KATA UNDER CONTROL ! ENTAH LA BETOI KA TIDAK ! KADANG2 BILA FIKIR BOLEH JADI JUGA YA,YANG KAKI PENYELEWENG & PERASUAH DIANGKAT JADI PEMIMPIN,YG ADA SKANDAL SEMUA NAIK JADI PEMIMPIN ! MANA ADA JALAN PARTI MCM NI TAPI ITU LA UMNOI !

terracota berkata...

pecah berderai................ apa nak dikata, bohong tak kena tempat. Permatang Pasir tu tempatnya kecil, sepelaung dah habis satu DUN, jadinya Selamat Jalan Romeo lagi leeeee............

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...