Dulu depa kata 'Anwar Hindu' bila sokong kumpulan Hindraf yang turun ke jalanraya dengan laungkan slogan 'Makkal Sakhti' bermakna 'Kuasa Rakyat'.
Tetapi kelmarin tiba-tiba Najib pula merasmikan penubuhan Makkal Sakhti. Adakah ini bermakna 'Najib Hindu' ?
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dalam kenyataan yang dilihat memperlihatkan kekecewaannya dengan langkah Barisan Nasional (BN) memberi 'muka' kepada Parti Makkal Sakti dilancarkan semalam menegaskan, pihaknya tidak mahu MIC dijadikan "kambing hitam" ekoran prestasi buruk pilihan raya umum 2008.
"Dalam pilihan raya umum lalu, wujud kemarahan merentasi pelbagai kaum terhadap BN, justeru adalah tidak adil untuk menjadikan MIC kambing hitam," kata Palanivel dalam blognya hari ini.
Pandangan itu dikeluarkan kira-kira 24 jam selepas Parti Makkal Sakti Malaysia dilancarkan.
Kata beliau, MIC bukan bayi baru seperti Parti Makkal Sakti Malaysia, yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN, semalam.
"Ia adalah sebuah parti yang berusia 63 tahun yang lahir di kuil Hindu. Ia dibentuk daripada api yang membara dan masih membara pada jiwa setiap ahli MIC.
"MIC lahir ekoran semangat nasionalisme dan merupakan parti yang menandatangani perjanjian kemerdekaan," kata beliau yang merupakan antara pemimpin MIC yang tewas pada 8 Mac 2008.
Dalam tulisannya ini, Palanivel menambah, masyarakat India mempunyai ikatan emosional dengan MIC.
"Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama) pada satu ketika ada mengatakan bahawa 'walaupun hanya seorang ahli sahaja berada dalam MIC, saya akan tetap bercakap dengan MIC.
"Malangnya kita tidak lagi tinggal dalam era pemimpin-pemimpin seperti Tunku," tambah Palanivel.
Beliau menulis, ketika pilihan raya umum lalu para penyokong Makkal Sakti membawa, mengibar dan mengenakan bendera dan kain rentang PAS manakala pemimpin-pemimpin parti itu pula melaungkan slogan "Makkal Sakti".
"Kini kelihatan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional pula memberi muka kepadanya. Mereka mula untuk melaungkan slogan ini.
"Adakah Barisan Nasional bertindak seiring dengan fenomena asal 'makkal sakti' (kuasa rakyat)? Atau mereka sedang berurusan dengan satu penggantian?" soal beliau.
Dengan merujuk kepada pilihan raya kecil Bagan Pinang hari ini, Palanivel berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu akan kerja dilakukan MIC di ladang Sua Betong dan "siapa sakti yang sebenarnya."
dari blog sharpshooter
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan