Isnin, 12 Oktober 2009

Mereka Mengangkat PERASUAH, Satu Petanda Keruntuhan Umno/bn Pada PRU Ke-13


Provokasi mereka berjaya, dengan gembiranya Azeez yang mendakwa dipukul kembali sedar dan bingkas bangun serta membuang pembalut tengkok beliau. Media lidah umno yang dahagakan berita kemenangan BN akan memaparkan kemenangan besejarah paling tidak pun seminggu di muka hadapan. Kumpulan Mat Rempit upahan umno yang memukul petugas PAS akan dibiarkan begitu sahaja oleh pihak polis.

Ada juga terdengar suara-suara ugutan dari umnobn yang mana masyarakat India yang tinggal di ladang Bratwall, Bagan Pinang terpaksa menyokong BN kerana takut semua bantuan kemudahan asas mereka akan disekat. Oleh yang demikian tidak hairanlah budaya umnobn yang suka menakut-nakutkan pengundi mampu menambah majoriti Isa Samad.

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan jika moral seorang ADUN dan menteri itu serendah lantai pakir yang layak dipijak dan di mop. Mampukah umnobn bertahan dengan kemenangan Isa Samad ini sehingga mengekalkannya di PRU ke-13 nanti. Paling tidak pun di Kota Siputeh samada umno boleh mengekalkan calonnya.

Seramai 8,013 pengundi mengangkat seorang perasuah demi menjaga maruah UMNOBN yang selama ini tercalar dengan kekalahan. Pakatan Rakyat pula seharusnya menerima hakikat bahawa pengundi awam dan tentera di Bagan Pinang mahu terus bersubahat dengan mengundi pakar rasuah satu Malaysia kerana mereka juga mahukan wang ringgit daripada menegakkan keadilan.

Lupakan sahaja jika golongan peRasuah ingin menjadikan Malaysia sebuah negara berteraskan Islam. Bagaimana mahu mengikut telunjuk ketua jika ketua itu sendiri bergelumang dengan dosa-dosa kecil dan besar. Mahukah rakyat menjadi makmun kepada ketua yang sebegini?

Kini dunia melihat menteri-menteri umnobn mudah dibeli dengan wang ringgit. Dunia akan ketawa berdekah-dekah dan berkata, Malaysia sudah matang berpolitik wang. Teruskan supaya dapat memerintah lebih lama lagi.

Sebagai penutup hari yang indah buat Najib, Muhyiddin dan seluruh menteri serta pencacai umnobn akan tidur lena diulit mimpi sehingga lupa masalah rasuah PKFZ, kematian saksi SPRM (TBH) dan ketidakstabilan MCA serta MIC yang perlu diselesaikan. zzZZZ.... camana pulak cara nak kikis poket rakyat... ZZZZZ...

Jom layan kepala... Pastikan layan sampai habis





di copy dari BKO

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

atsixty berkata...

Syabas zulmamak, saya sememangnya sakit hati dengan cara UMNO/BN mengunakan keganasan dalam PRK N31, walaubagaimanapun mungkin ada hikmah disebalik kekalahan kita kali ini. Biarlah UMNO pulak menang, kesian kat depat dah 7 kali kalah dengan kita (Pakatan Rakyat)....dari saya at sixty.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...