Jumaat, 23 Oktober 2009

Kedah bayar hutang kerajaan pusat RM10 juta :- Rekod Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Pimpinan PAS-malaysiakini

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/faktahutangkerajaanpasa.jpgTerbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.




'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

5 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Itu rekod yg.di banggakan?

Kerajaan di bawah pembangkang bole mengurus wang dgn baik dan mampu membayar hutang kerajaan pusat.

Tapi apa yang hendak di banggakan ole rakyat yang memilih mereka?????

Tahap atau taraf hidup mereka masih di takok lama.,si penoreh getah masih mendapat yang sama baik di zaman UMNO(BN)mau pun di zaman PR..,petani yang mengusahakan sawah masih mendapat hasil yang tidak berbeza dgn yang ada.

Paling menyedihkan Masjid tempat beribadat.,di hidangkan dgn tong derma yang berganda ganda.,dari kutipan biasa,kini bertambah dgn kutipan kutipan yg.kadang kala tak lojik di fikiran kita.

Umpama nya Masjid Kota Damansara.,ada kutipan derma untuk membeli kipas tegak di ruang utama,berjumlah Lima Ribu setiap satu yang memerlukan 5-6 atau mungkin 10.,kalau ada pendermanya.

Sepatutnya zaman PR memerintah perkara ini perlu berubah.,kerana jika benar pengurusan kewangan sudah di kawal selia mengikut kaedah dan peraturannya.,tentu wang yang berlebihan itu dapat di guna di berikan kepada Masjid Masjid yang memerlukan .,dan bukan lagi mengharapkan derma orang ramai atau dari jemaah yang datang ka masjid untuk beramal ibadat menunaikan rukun yang wajib keatas nya.

Memang Berderma itu baik malah di tutntut dalam agama.,tapi jika setiap kali sebelum solat jumaat bermula,pengumuman yang ada mesti terselit perkataan derma.,itu dan ini.,.saolah olah ia sudah menjadi satu budaya.yang tak akan berubah dari dulu,kini dan mungkin selamalama nya.

Malu kita mendengarnya.,apabila di sebut Islam itu DERMA yang menjadi perkara UTAMA.

Di Masjid Sri Damansara satu ketika,Saorang Cina yg.baru masuk Islam,di Masjid tur..tiba tiba ramai makmum(Jemaah)bangun bersalaman sambil di selitkan wang di tangannya.

Semasa balik bersama saya.muaalaf itu mengadu Saya masuk Islam bukan kerana mau ini duit.,sebab saya sendiri ada sudah lebih duit.,.dia saorang Accountan bertauliah bekerja di Austrlia sebelum nya.,walau pun masih muda sebaya dgn saya.

Sebuah dari Kereta milikinya,bernilai RM800K belum lagi harta benda yang lainnya yg dia ada.

Kenaapa ini smua berlaku ????

Sebab budaya berderma.,orang kita yang kadang kandang tak kene pada tempatnya.,dan ada pihak yang mengambil kesempatan.

Kesimpulannya.

Mulai dari tarikh ini kita cuba ubah minda Masjid bukan lagi untuk tempat meminta atau mencari Derama.,

Kerajaan PR harus menunjukan contoh tauladan yang baik di mana segala urusan Masjid di beri peuntukan secukup nya dari wang zakat atau dari hasil Negeri yang berlebihan.

Kepada yang berhati mulia penderma penderma yang sudah biasa.,mari kita hulurkan derma pada jiran,taulan,orang tua tua yg.ada di sekeliling kita.,.

Kita cari mereka mereka yang benar benar memerlukan.,dan yang wajib kita bantu .,.

Jangan kita merasakan di Masjid sahaja yg.afdal kita berderma,sedangkan di sekeliling kita ,kita tak pernah tanya apa kesusahan dan keperluan yang bole kita bantu mereka..,tak kira lah mereka bangsa apa.,janji kita tolong .

Baru lah semua manusia itu dapat hidup berkasih sayang,.dan ada nampak perubahan "Ini zaman PR memerintah.,orang semua jadi baik".

Ini ...Bangga Kerajaan PR dapat bayar hutang kerajaan Pusat.,walhal di bawah(Rakyat)masih dok mcm tur juga.

Porrah kata rakan sekerja Gua.

Kassi pecah lah ini goverment.bila PRU13 nanti,lawaknya.

Baru padan muka.,duit hasil kerajaan Negeri yang terkumpul.,di belanjakan ole UMNO dan kroni nya.,macam di PERAK..

9 bulan PR memerintah kumpul 750 juta.,bila Mamak Zambri naik depa pakat tabur,membeli pengundi agar menyokong mereka.

DS Nizar.hanya bole melalak di luar gelanggang.,sampai orang jemu mendenranya.

Jgn Maree!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

"Umpama nya Masjid Kota Damansara.,ada kutipan derma untuk membeli kipas tegak di ruang utama,berjumlah Lima Ribu setiap satu yang memerlukan 5-6 atau mungkin 10.,kalau ada pendermanya"

Abg yang mengomen sebelum ni, nak tanya sikit aa..Kota Damansara ni under Selangor atau Wilayah? Kalau Selangor patutlah nak kata pasal bawah PR,tapi kalau under Wilayah, agak2 sapa punya tanggungjawab aa..

perawi berkata...

lain kali sebelum buat apa2 komentar tentang PR. sila selidik habis2 data & dapatkan fakta yang sahih.
PR baru memerintah tak sampai 2 tahun macam2 orang kata...itu ini mintak tak dapat....
BN/UMNO memerintah dah lebih 50 tahun adakah semua kita dah dapat..kalau dah dapat...mengapa ramai lagi rakyat Malaysia yang masih susah & kerajaan masih sibuk menolong negara lain....Rakyat Diutamakan ???? fokus rakyat di dalam negara dahulu..masih ramai lagi rakyat malaysia yang memerlukan pertolongan.bukan tak bagi tolong rakyat negara lain..boleh bukan tak boleh ....tapi utamakan anak sendiri dulu....kalau tidak jangan bagi slogan Rakyat diutamakan...

Putra IJ80 berkata...

Quote"Abg yang mengomen sebelum ni, nak tanya sikit aa..Kota Damansara ni under Selangor atau Wilayah? 'Unquote

Maaf bukan nak gadoh.,

Masjid Kota Damansara rasa nya di bawah pentadbiran SELANGOR Dik.

Sultan Selangor yang merasmikan Masjid tur.,gua dapat surrah Yasin yang cantik pada hari perasmian nya.

Dalam Khutbah juga kita Doakan Untuk kesejahteraan Sultan Slangor dan anaknda Baginda.

Mungkin Masjid nie ia di kawal selia ole Dr.Hassan Ali di bawah JAIS.,w/pon jarang dia datang menjengguk..,kerana sibuk dengan Wak Tempee yg.hansom muka nya.,Tapi TGNA,TGHH,Ustaz Ahmad Awang,Ustaz Nasarudin ada datang beberapa ketika., Ustaz Ismail Kamus pon ada bagi kuliah juga.,.

So...Masjid Kota Damansara rasa nya di bawah Selangor.,kalau tidak jangan harap la....Tuan Guru Tuan Guru di atas di beri peluang berjemaah serta berceramah kat situ da!!!

Apa pon saya tidak mengwakili bagi pihak Masjid itu cuma sekadar memberi pendapat sebagai Jemaah biasa.,di negeri yang mengamalkan demokarasi kata nya.

Jgn Maree!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

cantik, mcm ni baru demokrasi, kita bantai je. semua pihak yang pegang jawatan bagi dia tersedak tengah makan.

kalau sanggup pegang kuasa. mesti dah bersedia hadapi bende ni. yang penting input seperti ini yang perlu dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak yang berkepentingan supaya tak terperap di blog. kalau boleh bagi detail skit lagi baik.


surau aku nak beli papan kenyataan, tempah carta organisasi & jadual solat elctronic. kot2 sapa nak menderma boleh la bagi. Rujuk blog surauassolihin.blogspot.com.

hehehe kami rakyat marhean hidup sederhana.sapa yang berduit sedekah je.

generasi bundle

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...