
Kenapa Najib masih berharap yang UMNO masih memiliki jenama yang boleh diterima rakyat? Jika Najib jadikan kemenangan Bagan Pinang yang diraih selepas kemarau tujuh perlawanan, itu adalah kesilapan yang paling besar dilakuakan. Kerana Bagan Pinang telah mengiktiraf Umno sebagai parti rasuah sepanjang zaman dari dulu kini selamanya.
Bermimpikah Najib mengharapkan masih ada elemen perpaduan, budaya hidup, sikap dan pemikiran selepas peristiwa menyeret kepala lembu menghina penganut Hindu yang dibiayai Umno di syeksen 23 Shah Alam Selangor. Najib berharap penjemanaan semula hanya dapat dilakukan sekiranya ahli sanggup melakukan perubahan. Perubahan apa yang Najib maksudkan? Tiada kebaikan dalam Umno.
Najib memberi contoh keutamaan perpaduan dan permaufakatan dalam gerak kerja yang memenangkan Umno di Bagan Pinang. Saya tidak pernah setuju angin dengan Najib sebelum ini, tetapi saya bersetuju dengan Najib bahawa kemenangan Umno di Bagan Pinang memang kerana gerak kerja dan permaufakatan yang rapi tetapi ianya bukan diantara ahli.
Ahli hanya dibayar dan diupah untuk menakut-nakut dan menyerang orang lain. RM100.00 untuk upah baling baru. Murahnye.. Permaufakatan yang sebenar dan benar-benar memberi impak kemenangan kepada BN ialah permaufakatan dan perancangan kerja yang baik antara Umno, Polis dan SPR dalam menguruskan undi pos. Itu saja. Siapalah Umno tanpa penipuan dan Rasuah?
##sinarhairan##
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
1 ulasan:
Walau apa cara yang akan dibuat oleh UMNO untuk membersihkan diri nya dari RASUAH ianya akan tidak berjaya. UMNO ibarat sebiji buah yang penuh dengan ulat, dengan mencuci kulit luaran nya sahaja akan tidak memberi apa2 kesan. Sepatut nya buah itu kena di potong belah dan cungkit semua ulat2 itu keluar. Selagi ulat2 ini masih berada didalam ianya akan tetap busuk.
SATU MALAYSIA atau bahkan satu dunia sudah pandang UMNO pengamal RASUAH. Hampir semua pemimpin2 UMNO yang ada pegang jawatan sekarang terlibat RASUAH. Pemimpin2 UMNO yang takut atau kedekut hulurkan RASUAH semua nya telah tewas pada pemilihan PAU yang lepas.
Catat Ulasan