ا
BN yang diketuai oleh UMNO telah memperolehi kemenangan yang ke-2 mereka pada siri PRK selepas PRU-12 lalu. Batang Ai di Serawak dan yang terbaru di Bagan Pinang Negeri 9. Pada semua PRK yang lain, BN sentiasa kecundang biarpun PM bertukar tangan dari Pak Lah kepada Najib.
Kita boleh melihat bermacam cara telah diusahakan oleh Najib bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN terutama sekali kepada UMNO. Namun sebelum kemenangan BN di Bagan Pinang, segala usaha yang di buat oleh Najib tidak menunjukkan kejayaan. Nasib sentiasa tidak menyebelahi mereka, manakala PR pula terus mara kehadapan.
Setelah mendapat apa yang mereka impikan iaitu kemenangan pada PRK untuk dihidangkan kepada rakyat biarpun telah heboh pelbagai 'politik kotor' yang mereka gunakan, dengan lantas tanpa merenung jauh, pemimpin-pemimpin BN terutamanya dari kalangan UMNO mula mendabik dada mengatakan bahawa UMNO telah kembali menjadi pilihan rakyat.
Begitu mudah mereka mentafsirkannya. Bukankah kemenangan mereka di Bagan Pinang itu akhirnya akan memakan diri mereka sendiri?
Kemunculan PRK Bagan Pinang yang merupakan kawasan paling ramai pengundi pos adalah satu rahmat kepada PR. Ini kerana, walaupun tidak mendapat kemenangan, PR berpeluang untuk menarik perhatian rakyat serta memberi penjelasan secara terperinci mengenai 'politik kotor' yang telah BN gunakan sejak sekian lama bagi menjamin kemenangan mereka dalam menghadapi pilihanraya terutama sekali mengenai 'undi pos'.
Baru Ahad lepas BN menang pada PRK Bagan Pinang, hari ini berlangsung pula perhimpunan khas UMNO bagi meminda perlembagaan parti mereka. 2 peristiwa yang menarik. Bagi UMNO, ini adalah masa yang nanti-nantikan,
Bagan Pinang - membuktikan rakyat telah menerima mereka kembali
pindaan perlembagaan parti - membuktikan usaha mereka untuk berubah.
Apakah ini menunjukkan nasib telah mula menyebelahi mereka ataupun sebaliknya? Adakah mereka merasakan dengan kemenangan Bagan Pinang dan pindaan perlembagaan parti sudah cukup untuk menunjukkan bahawa UMNO yang ada sekarang bukannya 'UMNO DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA...'?
> anakcucunabiadam <
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan