Isnin, 19 Oktober 2009

UMNO/BN dah sedar... PR pulak?????-malaysiakini

Atas kesedaran mengenai pengaruh internet dalam masyarakat, Pemuda Umno menggariskan “kemenangan perang saraf dalam dunia siber” sebagai penanda aras pencapaian bagi sayap parti Umno itu.Langkah itu dilihat sejajar dengan senario politik semasa yang mana platform siber digunakan untuk melancarkan “perang saraf” melalui blog atau web portal online.

Ia juga senjata ampuh membentuk persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.

“Ini satu kemajuan jika Pemuda Umno mengiktiraf pengaruh dan peranan media baru,” kata pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada Bernama ketika mengulas usaha Pemuda itu.

Langkah itu merupakan satu daripada lima penanda aras digariskan kepimpinan Pemuda Umno semasa perhimpunan agung Pemuda Umno baru-baru ini bagi menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN.

Generasi muda dikatakan cenderung kepada media baru untuk sumber maklumat.

“Ini cabaran kita, menerangkan kepada generasi muda untuk membezakan antara fitnah dan fakta yang ditaburkan di alam siber ini,” kata Ketua Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh.

Khairun berkata pengiktirafan terhadap peranan media baru dalam senario politik negara itu menunjukkan Umno mahu melakukan perubahan ke arah politik “engagement”.

“Apa yang penting bukan serang tapi terang (penjelasan),” katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lepas, pengundi muda dikatakan terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas dalam dunia siber yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiganya di 222 kerusi Parlimen.

Dalam penggunaan media baru sebagai alat komunikasi efektif, seorang sarjana komunikasi berkata parti kerajaan agak terkebelakang berbanding parti pembangkang.

“Ini kerana media baru adalah medium utama bagi pembangkang sejak 1999 berbanding BN yang mempunyai media arus perdana,” kata pensyarah komunikasi Universiti Putra Malaysia, Ishak Abdul Hamid.

Yang pasti, penjelasan isu-isu semasa dalam dunia siber amat penting.

Ini berdasarkan hakikat terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas) yang mempunyai kuasa menentukan masa depan negara.

Kira-kira 1.8 juta pengundi baru dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang. - BERNAMA


P/s -PKR bukan dibuai mimpi tetapi terperasan.

Terperasan mereka sedang didendang oleh rakyat jelata. Sebab itu mereka semacam tidak pedulikan media baharu berkenaan. Berita tentang meeka hanya dapat diperolehi melalui laman-laman sesawang rakan-rakan mereka sahaja.

Pengikut PKR hanya menumpang dan berangguh dibelakang populariti DSAI semata-mata. Sangat kurang usaha mempengaruhi ahli UMNO selain menyerang apa sahaja yang dilakukan mereka.

UMNO telah faham dan telah mula berubah. Bagaimana dengan PKR..? Kelihatannya masih ditakuk lama. Irama yang sama sahaja didendangkan. Bagan Pinang telah mengisyaratkan bahawa irama dendangan PKR itu telah menjemukan dan tidak dipedulikan lagi...

UMNO telah pun mendendangkan dasarnya seperti PKR, 1 Malaysia, walaupun PALSU. Namun olahan media mereka akan menjadikan kepalsuan itu melunakkan dan akhirnya ditelan juga oleh sebilangan besar bangsa melayu yang telah 'dinasikangkangkan' oleh UBN selama ini..

Melayu UMNO itu telah bersenang hati bahkan sanggup mati memperjuangkan ideologi dan doktrin UMNO itu walau bercanggah dengan syariat agama anutan mereka sendiri. Tidak siapa boleh menafikan bahawa mereka seolah-olah sedang mempersendakan Tuhan mereka sendiri.

Tuhan kata rasuah, mereka kata bukan. Tuhan kata zalim, mereka kata tidak. Tuhan kata maksiat, mereka kata tidak, Tuhan kata haram, mereka kata tidak. Tuhan kata jangan, mereka kata OK. Begitulah seperti yang dibuktikan oleh mereka di Bagan Pinang tempoh hari.

Melayu yang masih belum pulih daripada 'guna-guna' UMNO akan tetap menghambakan diri dengan UMNO. Melayu yang terselamat daripada 'sihir' UMNO itu akan bernaung di bawah PAS. PKR dapat apa..? PKR hanya seumpama sebuah suruhanjaya bebas yang kerjanya membongkar salah laku UMNO/BN dan membuat lapora. Sedangkan mereka tahu laporan berkenaan akan dibakulsampahkan sahaja.

Oleh itu PKR perlu bergerak agrasif menyedarkan melayu yang tidak berpihak kepada PAS dan UMNO. Antara peranan PKR ialah untuk memulihkan semula melayu yang dipinaukan mata mereka oleh UBN itu.. Kesan mata pinau ini menjadikan penglihatan seseorang terkeliru. Yang baik dikata jahat. Yang benar-benar jahat pula dikata pembela.

Wallahhu 'aklam.

di celok dari Detikdaily

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!




5 ulasan:

AMK kecewa berkata...

PKR TAK AKAN LAMA..
PKR LAGI TERUK DARI UMNO..

*DARI AMK PULAU PINANG YANG SUDAH MUAK DENGAN PERILAKU ANGKATAN MUDA KEADILAN.PENYOKONG YB DUN TAK PUAS HATI DENGAN YB PARLIMEN,SIAP BERPUAK PUAK LAGI.KALAU SEMUA ORANG NAK BUKTI,AKU AKAN DEDAHKAN SEMUNYA SEKALI....RAKAMAN VIDEO & RAKAMAN SUARA SEMUA ADA...MEMANG PKR LAGI TERUK DARI SEMUA PARTI.PKR HANYA BERJUANG UNTUK ANWAR IBRAHIM SAHAJA...
AKU AKAN DEDAHKAN SEMUANYA ...TUNGGU DI DADA AKHBAR....
PKR PALING ETRUK ADALAH DARI PULAU-PINANG..AMK BAYAN BARU..
PRU 13 JANGAN HARAP BAYAN BARU AKAN DIMILIKI OLEH PKR.SAYA SELAKU AMK BAYAN BARU AKAN MENOLONG BN UNTUK MEREKA MENANG...SEBAB...AMK PULAU PINANG BANYAK CAKAP,KOMEN PARTI LAIN,TAPI TAK BUAT KERJA,SAMA SEPERTI YB-YB PKR,BANYAK JANJI PADA RAKYAT..TAPI TAK KOTAKAN JANJI...
AYUH RAKYAT SEMUA KITA BOIKOT PARTI PKR (PARTI KELENTONG RAKYAT)
AMK PENANG JANGAN HARAP LAH LEPASNI...KAMU SEMUA PASTI TUMBANG PADA PRU 13..AKU AKAN BONGKARKAN KONSPIRASI DALAM AMK TERMASUK YB PKR...SEMUA BUKTI MASIH ADA.
RAKYAT SEMUA KALAU TAK PERCAYA TENGOKLAH BLOG2 MEREKA...MEREKA SENDIRI MENGHENTAM YB-YB MEREKA...
MEREKA INI LEBIH TERUK DARI UMNO...


*AHLI AMK PKR YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN JANJI2 PKR TERHADAP RAKYAT.
*RAKYAT SEKELILING SEDANG MENGATA KAMU SEMUA WAHAI PKR.YANG ANGAN2 MAT JENIN.

1malaysia sokong berkata...

memang betul pun...PKR pulau pinang memang teruk...buat kerja sikit ,,tapi masuk dalam blog..giler2 cerita berkarung2..tapi hampeh....selalu kelentong rakyat..ANON..aku akn membantu kau supaya PKR pulau pinang akan tumbang...DAP buat kerja tak heboh mana2.cakap2 kerja jalan...PKR cakap banyak2 kerja langsung tak jalan..
tengok YB balik pulau sudah lerrrrr

**PKR PULAU PINANG AKAN TUMBANG PRU13....

PAPA GOMO berkata...

TERKINI-Anwar Brahim Telah Dibuktikan Pengamal Homoseksual(GAY) Oleh Mahkamah http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-anwar-brahim-telah-dibuktikan.html

tujuh76satu berkata...

amk kecewa... masukla amno pulak, dulu dalam amno kecewa masuk pkr. pasni dalam amno kecewa lagi nak masuk mana??? kulam kumbahan taik babi la pulak!!! ajak imalaysia ngan gomo skali yer....

JUWARA berkata...

Salam,...7..76..1,
Sebenarnya "AMK kecewa" adalah dari pemuda Umno Bayan Baru....saya namakan dia "MR JO",
...jadi tak payah dok suruh dia masuk Umno la...
Terima kasih "mr jo" kerana selalu menziarahi kat sini!.....komentar2 yang belum mengenali cubalah perhati.....gaya tulisan dan bait bait kata mereka....jangan mudah terkeliru...
Mr Jo!
Pemuda Bayan Baru macam mana?
kalau tak nampak eloklah carikan cermin besar besar....
cakap nak dedahkan orang...jangan nanti sendiri terlondeh......
...puak Dahalan ada cerita kes Mansor,...puak Mansor ada cerita kes Dahalan.....aaaaaaaaarrr!!!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...