Sabtu, 7 November 2009

PAS teruskan komitmen kukuhkan Pakatan Rakyat -malaysiakini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/AZIZspot.jpg

KUALA LUMPUR
: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan komitmen mereka bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.


Sehubungan itu, beliau berkata, PAS akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.

"Ingin saya tegaskan untuk kesekian kalinya bagi kita terus bersama Pakatan Rakyat.

"Hubungan yang kita bina bersama Pakatan Rakyat ini adalah bertitik tolak dari asas persamaan iaitu semua pihak bersetuju untuk memerangi penyelewengan rasuah dan sebagainya," katanya dalam ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Parti di sini, hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, persefahaman yang wujud itu dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.

"PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah parti dakwah, hubungan yang terbentuk ini kuat tapi fleksibel.

"Bukan hubungan yang kuat, kukuh tapi tidak fleksibel atau rapuh. Strategi bersama ini berjaya menyekat BN (Barisan Nasional) sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan sebagaimana yang kita saksikan sekarang ini," katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online

Tambah Abdul Hadi, PAS perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam.

"PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar perjuangan Islam.

"Tapi dalam masa yang sama hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS perlu mengamalkan dasar keterbukaan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan semua pihak yang boleh membawa kepada kemenangan Islam.

Selain itu dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menyeru kepada lebih 1,000 ahli yang menghadiri seminar hari ini supaya bersikap lebih matang dalam menerima setiap kritikan kepada PAS dengan hati terbuka.

"Apabila PAS mendapat perhatian umum, ramai peminat yang akan memberikan komen-komen.
"Ada yang manis, ada pahit, jadi kita kena menjadi parti yang matang menilai antara keritikan untuk kekuatan," katanya.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

2 ulasan:

bat8 berkata...

Berapa kali nak buat komitmen kepada pakatan rakyat. Yang dilihat, time terdesak, time kena asak, PAS buat komitmen. Lepas buat pi balik perangai asal dok nak cari jalan runtuhkan Pakatan rakyat dan nak bekerjasama dengan UMNO.

yang buat komitmen dan kumpulanya jugalah yang dok buat lepas buat komitmen gi buat usaha-usaha sebaliknya.

Rasanya eloklah barisan pemimpin tertinggi PAS yang pro UMNo ini bawa PAS keluar je darii Pakatan. Jadi anak jantan - tak ade main wayang. Depan cakap lain, belakang buat lain.

Kalau kumpulan ini tidak berubah PAS bolehlah say goodbye dalam PRU13 nanti.Pada aku, elok lah pemimpin-pemimpin PAS yang pro UMNO ni bawa PAS masuk BN cepat-cepat sementara mempunyai kuasa.

Terlintas juga perasaan was-was aku tentang komitmen terbaru pemimpin PAS kepada Pakatan rakyat ni. Adakah ini strategimereka untuk meruntuhkan Pakatan rakyat dan memenangkan UMNO/Bn dalam dalam PRU13 nanti? Dengan kekal dalam pakatan, mereka akan terus bertindak sebagai laibility kepada Pakatan. Dengan itu rakyat akan menolak Pakatan rakyat dalam PRU 13 nanti.

Maklumlah, tektik yang digunakan selama ini telah dibongkar dan sudah tidak boeh guna lagi. Mungkinkah tektik menjadi liabiliti kepada pakatan adalah strategi baru kumpulan ahli PAS pro UMNO ini untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO?

bat8

PAPA GOMO berkata...

Inilah hasil dari pengkianatan PAS dan PKR yang Beragama Islam dalam meraih Undi. Ianya seterusnya telah diikuti pula oleh anak anak Kafir ini. Apa lagi selepas ini??? http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-ini-lah-hasil-dari-pelacuran-pas.html

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...