Selasa, 15 Disember 2009

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PERLU LEBIH BERDAYA

Setelah mendengar jawapan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini; kami berasa sungguh kecewa kerana jelas bahawa selama ini Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengecewakan bukan sahaja wanita-wanita di Malaysia tetapi juga telah melambatkan pembangunan negara. Jelas Shahrizat tandus idea dan lemah kemahuan politik(political will) untuk melonjakkan wanita sebagai unsur penting dalam pembinaan negara (nation building). Kerajaan Persekutuan juga didapati kurang bertindakbalas terhadap kelembapan perkembangan wanita, keluarga dan masyarakat di negara ini.

Shahrizat sepatutnya meminta peruntukan yang lebih besar lagi bagi membantu Kerajaan Malaysia dalam membangunkan negara melalui pembinaan wanita itu sendiri. Apa yang kami rumuskan dari jawapan beliau jelas beliau mengambil lewa pemantauan ’cross-cutting budget’ dari ’gender-responsive budgeting’ yang kononnya diamalkan oleh KPWKM. Hasilnya; pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat masih di takuk lama.

KPWKM sepatutnya mengadakan dengan segera Pelan Tindakan untuk menanam konsep ’gender-sensitize’ ke dalam kelima-lima kementerian yang telah gagal menjalankan pembangunan kementerian masing-masing berdasarkan ’gender-responsive budgeting’. Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengesahkan bahawa mereka tidak tahupun apa itu ’gender-responsive budgeting’.

Secara keseluruhan; kami menyeru agar KPWKM beralih dari konsep kebajikan yang telahpun diamalkan di negara kita sejak beberapa dekad dan memulakan proses pemikiran yang lebih matang bagi menjuarai tekad Wanita Malaysia bergerak aktif menyumbang ke arah pembinaan negara (nation building).

Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan sokongan dan memandang serius perkara ini agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih diberdayakan (empowered)untuk membangunkan wanita, keluarga dan masyarakat di Malaysia.


HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang

FONG PO KUAN
Ahli Parlimen Batu Gajah

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ahli Parlimen Rantau Panjang

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...