Isnin, 14 Disember 2009

UMNO "rembat" duit masjid?????


Isu yang sedang dibicarakan adalah berkenaan dengan Nga Kor Meng yang persoalkan tentang dana pembinaan masjid dalam Negara. Jika mahu dibandingkan dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain, ia amat jauh berbeda.

Jika diselidik balik isu yang mahu dikemukakan oleh Nga Kor Meng adalah, bukannya isu tentang bandingan antara dana binaan masjid dengan dana binaan rumah ibadat agama lain, tetapi yang dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Taiping itu adalah, berkenaan dengan peruntukan pembinaan masjid dalam Negara terlalu tinggi, tetapi dalam masa yang sama, rakyat bawahan yang beragama Islam diminta menderma untuk membina sesebuah masjid.

Dengan kata lain, isu yang mahu dibangkitkan oleh Nga Kor Meng adalah dana pembinaan masjid ini berkemungkinan wujud penyelewengan. Tetapi, memandangkan UMNO/BN adalah parti laknatullah, lagi maha sial, akhbar mereka memutar belik kenyataan beliau dengan menampakkan seakan-akan Nga Kor Meng mempersoalkan tentang peruntukan dana pembinaan masjid jika dibandingkan dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain.

Lebih parah lagi, apabila salah faham ini berlaku kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin mat Isa. Maka, ia mengundang polimik dikalangan ahli pakatan, juga menaikkan sentiment kebencian ahli-ahli PAS kepada DAP, begitujuga sebaliknya.

UMNO CARI RUANG

UMNO/BN berada dalam keadaan yang teramat teruk. Kekuatan Pakatan Rakyat adalah kelemahan mereka. justeru, kelemahan Pakatan Rakyat perlu dicipta.

Isu perkauman adalah isu yang perlu dimainkan demi melihat kelemahan Pakatan Rakyat. Makanya, berbagai-bagai tindakan yang dilakukan, demi melahirkan pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan isu perkauman ini.

Lebih parah lagi, apabila ada sebilangan pimpinan dalam pakatan Rakyat yang tidak bijak dalam mengurus perselisihan. Jika yang melakukan salah tafsir ini dari kalangan ahli-ahli biasa dari parti-parti tertentu, maka itu tidak menjadi satu polimik yang rumit. Tetapi yang lebih parah, apabila yang keluarkan kenyataan bodoh itu adalah pimpinan-pimpinan parti. Terutama, apabila kenyataan yang dikeluarkan itu boleh melahirkan kekusutan antara parti-parti dalam pakatan rakyat.

AGAMA DIJADIKAN MAINAN ISU

PAS adalah parti Islam. ahli-ahlinya berbilang kaum, tetapi melayu mendominasi. Kedominasian melayu dalam parti PAS, menjadi ruang untuk UMNO untuk kambing-hitamkan PAS dalam melahirkan pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, banyak isu-isu yang kononnya melibatkan Islam sengaja dimain, dan diapi-apikan. Semuanya bertujuan, untuk melahirkan pertembungan antara parti-parti Pakatan Rakyat, seterusnya Pakatan Rakyat akan jadi lemah, seterusnya UMNO mula mencipta kekuatan.

Makanya, dalam isu ini, PAS perlu menjadi bijak dalam mengurus permasalahan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Gendang mainan UMNO sering kedengaran, tetapi diharapkan agar PAS tidak menari dengan mainan gendang tersebut.

Kenyataan media dalam isu melayu-Islam, perlu diselesaikan dengan bijaksana. Tanpa kebijaksanaan, memungkinkan PAS, PKR dan DAP kalah teruk dalam PRU akan datang.

Ingatlah, Allah SWT sendiri telah mengakui bahawa keadilan dan ketauhidan tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kuasa dan kebijaksanaan. Jika wujud kuasa, tanpa kebijaksanaan, keadilan dan tauhid dilaksanakan. Perkara ini boleh ditadabbur dari ayat 18, surah Al-Imran, bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud;

”telah bersaksi oleh Allah, bahawa tiada tuhan melainkan Dia. Juga bersaksi itu adalah Malaikat, dan orang-orang yang diberikan ilmu, dalam keadaan mereka melaksanakan keadilan. Tiada tuhan melain Dia. Dan Dia maha gagah lagi maha bijaksana”

Jika direnung dan ditadabburkan pada ayat ini, kita dapat melihat betapa Allah SWT meminta kita memikirkan tentang dua perkara penting, (1) tauhid, dan (2) Keadilan perlu dilaksanakan. Pun begitu, kedua-dua perkara ini tidak akan berjaya dilaksanakan melainkan mempunyai dua perkara, iaitu, (1) kekuasaan, juga, (2) kebijaksanaan. Ekoran itulah, ayat ini, Allah menyebut di akhirnya ”Dia (Allah) adalah tuhan yang maha gagah dan maha bijaksana”.

Tanpa kebijaksanaan, waima mempunyai kekuasaan, tauhid dan keadilan tidak akan berjaya dilaksanakan. Begitujuga, ada kebijaksanaan tanpa kekuasaan, keadilan dan tauhid tetap tidak berjaya dilaksanakan. Justeru, kedua-dua perkara ini amat perlu, dalam usaha hendak melihat Islam berjaya terlaksanakan di Malaysia.

Ini yang perlu kita faham dari ilmu yang bersumberkan Al-Quran. Ia akan difahami, jika Al-Quran itu ditadabbur dan didalami. Sekadar meracau dalam komen blog orang, seperti yang dilakukan oleh salah seorang Ahli parlimen, sampai bila-bila pun benda sebegini tidak akan faham.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah fakta yang sebenarnya cuba disembunyikan oleh umno- pengkhianat bangsa!

lihat saja masjid2 uang baru siap dibina ada saja kerosakan dan retakan...

contohnya... masjid Jamek Simpang Ampat, Balik Pulau, p.pinang... system pembesar suaranya rosak & tak berfungsi sebaik saja masjid itu baru saja digunakan untuk beberapa bulan... lebih malang lagi JKK umno tidak membuat klim terhadap contractor untuk membaiki kerosakannya, tetapi mengunakan wang tabungan masjid untuk membaikinya. lebih RM10,000.00 dihabiskan!

manakala masjid daerah BALIK PULAU (masjid kontravasi yang dibina tak sampai 1km dari masjid Jamek Simpang Empat sehingga hilang hak masjid Jamek Simpang Empat untuk mengerjakan SoLat Jumaat yang selama ini telah berpuluh tahun diadakan disitu), yang baru dibina beberapa tahun lalu, sekarang ini mengalami kerosakan, keretakan & kebocoran disana sini.

ini hanya salah satu bukti penyelewengan & kebodohan umno.

CTM.. berkata...

salam,
Ada yang masjid baru saja dipasang lantai mosek,tidak sampai satu tahun tukar lagi,gara2 nak tukar warna!
Kita tahu....ini untuk adakan 'projek' bagi kuncu2,yang sedihnya program mengimarahkan hampeh!...masjid dok tahap lama,hanya dok perelok,dok perhias lepas tu cerita..".nilah yang kami buat demi untuk Agama"!
Akhir zaman!...aaaaaaaaaarr

Tanpa Nama berkata...

cuba korek cerita kenapa masjid baru untuk kg.raja uda port klang, tak buat-buat lagi? Kalau nak tau syarikat yg dapat projek buat masjid tu dulu adalah syarikat datok zek ( dah arwah!!!) Cuba anda teka kenapa projek tersebut terbengkalai lama? Sendiri mau ingatlah!!! Kalau nak tahu tanya datok mazlinor pun boleh!!


cucu raja uda

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...