Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 11 Januari 2010

Ketua Wanita PKR menyangkal dakwaan TKPN kes rogol terhadap gadis, pelajar dan kanak-kanak kaum Penan telah ditutup

KUALA LUMPUR : Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa kes rogol terhadap gadis, pelajar dan kanak-kanak kaum Penan telah ditutup, disangkal Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu bahawa, pihaknya bersama pasukan polis masih lagi meneruskan siasatan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan Ismail itu selain menuntut kes tersebut diselesaikan segera.

“Kenyataan Ismail dan Jabu (Alfred Jabu Anak Numpang) itu menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak sensitif dengan masalah yang dihadapi oleh pribumi Penan di Sarawak,” katanya kepada Era Pakatan.

Dalam kenyataan sebelum, Ismail dipetik sebagai berkata, pihak polis telah melakukan yang terbaik untuk menyiasat dakwaan kes rogol wanita dan gadis Penan, dan menganggap isu itu telah selesai.

“Kita melakukan sebaik yang boleh dengan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat perkara ini lebih terperinci.

"Apa yang penting, kami mengambil tindakan ke atas isu ini dan bukannya menolak atau pun menyembunyikan apa-apa perkara,” kata Ismail pada 12 November tahun lalu.

Sehari selepas itu, Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu berkata, kerajaan negeri menaruh kepercayaan penuh terhadap polis berhubung keputusan menutup siasatan dakwaan berhubung wujudnya kes rogol dalam kalangan gadis Penan.

Tambah Jabu, jika polis telah mengisytiharkan kes berkenaan ditutup, kerajaan yakin bahawa badan penguatkuasa itu telah melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Zuraida menambah, PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak sehinggalah kes itu benar-benar diselesaikan.

Ketika ditanya, sebab-sebab utama kenapa kes itu sehingga kini gagal diselesaikan, beliau berkata, bahawa hal tersebut mungkin ada kaitannya dengan kepentingan politik BN di Sarawak.

Kes rogol berkaitan gadis, pelajar dan kanak-kanak kaum Penan bermula ketika sebuah pertubuhan NGO luar negara yang memperjuang isu-isu alam sekitar, Yayasan Bruno Manster telah membongkar kegiatan itu di laman sesawang mereka. Bagaimanapun, hal itu telah dinafikan oleh pihak polis dan kerajaan Sarawak.

Selain isu rogol, Zuraida berkata, kes berhubung keperluan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, ketiadaan MyKad dan rampasan tanah kekal berlaku ke atas kaum itu.

Zuraida yang juga Sekretariat Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat PR berkata, dasar PR seperti yang ditegaskan di Shah Alam 19 Disember tahun lalu amat jelas berbanding BN dalam hal perlindungan ke atas hak-hak wanita di negara ini.

Antara dasar tersebut, ialah menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

Selain Zuraida, turut serta dalam sekretariat itu ialah Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS) dan Fong Po Kuan (DAP).

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Desa Sarawak (Wadesa), Hellan Empiang menyelar tindakan polis menutup kes itu, malah terus mendesak agar penjenayah sebenar diheret ke muka pengadilan./erapakatan


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

ijoks2009 berkata...

Macam biasa,alasan Umno,Kes ini kes terpencil