Khamis, 14 Januari 2010

SPRM(u) dah terdesak untuk selamatkan perasuah besar....


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mulai tahun ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM.

Dalam sidang akhbar sulungnya selaku ketua pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim, 48, berkata mengikut Seksyen 29(4) Akta SPRM, sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat mengenai aduan yang dibuat, boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menyentuh tentang beberapa tindakan ahli-ahli politik, Abu Kassim berkata, mereka membuat aduan mengenai dakwaan berlakunya rasuah, tetapi pada masa yang sama, mendedahkan juga maklumat kepada umum.

Di bawah akta tersebut, katanya, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang memberi maklumat, termasuk pemberita yang melaporkannya.

Katanya, maklumat tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai SPRM dan timbalan pendakwaraya.

Abu Kassim berkata, SPRM terpaksa bertindak demikian kerana ia membabitkan keadilan dan maruah orang yang diadu.

Katanya, ini kerana ada kes di mana pengadu membuat aduan dengan niat yang terselindung dan bukannya untuk membasmi rasuah.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menyekat kebebasan media atau hak pengadu, tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi keadilan.

Abu Kassim berkata, SPRM boleh membuat aduan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.

Katanya, mereka yang didapati bersalah berdepan dengan hukuman dua tahun penjara atau denda RM100,000.

Abu Kassim juga ditanya mengenai satu laporan yang dibuat terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Beliau turut menyentuh banyak lagi isu-isu, termasuk siasatan terhadap dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, usahanya untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking indeks persepsi Rasuah, dan juga meningkatkan reputasi SPRM.

Abu Kassim juga menafikan yang beliau menerima arahan dari pihak atasan, sama ada hendak memula atau menutup siasatan, dengan berkata beliau tidak pernah menerima arahan seumpama itu.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai baru kerja dah nak sound rakyat nampak, ketua sprm ni. kalau BN kalah tak tau la apa nak jadi dengan dia ni. kasi pecaaah....

Tanpa Nama berkata...

sah dah..si ABU KASSIM ni dah jadi BARUA DAN ANJING UMNgok..kahkahkah..cakap tiada arahan dari pihak atasan..dey tambi ABU..kau membohong je dah SATU DOSA KECIL...belum lagi buat keja yang BERAT SEBELAH...BERTAMBAH LEEE DOSA KECIL DAN DOSA BESAR KAU...tak caya tanya le ngan USTAZ-USTAZ..KECUALI USTAZ YG BERNAUNG NGAN UMNgok...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...