Isnin, 15 Februari 2010

Pesuruhjaya PAS hilang sejak Khamis selamat


KUALA LUMPUR, Feb 15 — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, selamat dan telah pulang ke rumahnya di sini petang tadi.

Mohamad dikatakan pulang sendiri ke rumah beliau kira-kira 3 petang tadi.

Ia disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Saya dimaklumkan beliau sudah pulang ke rumah petang tadi dan beliau selamat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

“Beliau dikatakan pulang dari kawasan Temerloh, ya, tiada apa-apa masalah...” katanya ringkas.

Mohamad, 52, yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan tidak dapat dikesan sehingga pagi tadi.

Oleh itu laporan polis dibuat pagi ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi tadi oleh keluarga mereka.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...