Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 15 Februari 2010

Zahrain di hentam dalam facebook???


KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.

Kumpulan itu mendesak Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

Surat terbuka kepada Zahrain yang disertakan dalam ruangan Facebook itu menyebut, “pada 8 Mac 2008, kami mengundi anda sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR bagi bahagian pilihan raya Bayan Baru. Anda mewakili PKR dan bertanding atas tiket PKR pada masa itu.”

“Pada 12 Feb 2010, anda mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan bahawa kini sebagai Ahli Parlimen Bebas. Oleh itu, anda telah melepaskan mandat untuk mewakili kami memandangkan kami mengundi anda atas tiket PKR.

“Sebagai pengundi yang mengundi anda, kami menggesa anda mengosokongkan kerusi Bayan Baru dan mendapatkan mandat baru untuk mewakili kami sebagai wakil rakyat bebas.

“Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa kami sebagai pembayar cukai, membayar elaun dan imbuhan anda sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana anda bukan lagi mewakili kami, kami meminta anda meletakkan jawatan dengan segera.”

Pada Jumaat lalu, Zahrain berkata beliau membuat keputusan itu kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Bagaimanapun beliau sudah menegaskan bahawa akan kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mencabar Zahrain dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR yang pernah keluar parti itu agar mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberipeluang kepada rakyat memilih wakil mereka.


p/s... untuk makluman ketika kes 2 ekor katak di Perak melompat ke bebas , Zahrain yang ketika itu ketua perhubungan PKR Pulau Pinang telah mengecam tindakan mereka dengan mengatakan mereka adalah ahli politik yang tidak bermaruah dan berprinsip... sekarang apa yang diucapkan kepada katak 2 ekor itu telah kena batang hidungnya sendiri yang telah mengkianati pengundi-pengundi yang telah mengundinya serta rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus untuk memenangkannya ketika PRU-12 yang sudah...

Zahrain !!! Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan: