Sebahgian dari Jawatankuasa PKR Cabang Bayan Baru
Antara pengundi yang menandatangan patisyen untuk mendesak Zahrain letak jawatan Ahli Parlimen
Sidang media PKR Cabang Bayan Baru oleh Pemangku Ketua Cabang Sdr Tan Seang Keat
Pemangku Ketua Cabang Bayan Baru Sdr Tan Seang Keat telah memberi mandat kepada Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sdr Azrizal Tahir untuk menyerahkan patisyen kepada Zahrain
Sidang media PKR Cabang Bayan Baru oleh Pemangku Ketua Cabang Sdr Tan Seang Keat
Pemangku Ketua Cabang Bayan Baru Sdr Tan Seang Keat telah memberi mandat kepada Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sdr Azrizal Tahir untuk menyerahkan patisyen kepada Zahrain
Sd Azrizal bersama rombongan sedang menuju ke tempat prog nak serah petisyen
Minta laluan untuk serah petisyen- Berbudi Bahasa amalan kita
MP Bayan Baru mcm tak mau terima tapi terpaksa pasal ramai reporter kot
Pak Muhsin angin sudah naik kerana telah di halau panel2 dalam program tersebut kerana beliau tidak setuju dengan zahrain dan gpms..ini menunjukan ke tidak profesional nya panel2 dalam program tersebut,mereka tidak dapat menerima pandangan rakyat lalu menghalau penduduk keluar
Pada 13 hb Mar 2010 saya diberi amanah oleh Pengurusan Cabang Bayan Baru untuk menyerahkan petisyen minta MP Bayan Baru Meletakkan Jawatan. Sejumlah 2018 helaian petisyen yang ditandatangani oleh pengundi parlimen Bayan Baru telah diserahkan dalam satu prog dialog dengan NGO Islam yang dipengerusikan oleh Shah'hedan Ayob Shah Pengerusi Perkasa Balik Pulau.
Turut kelihatan dalam prog tersebut ialah orang kanan MP Bayan Baru Sdr Ismail Ali dan Annuar Ismail.
Rombongan yang disertai oleh Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Bayan Baru, AJK Cabang Keadilan Bayan Baru dan Ahli PAS dari Kawasan Bayan Baru tiba pada jam 4pm dan terpaksa menati hampir 30 minit sblm berjaya menyerahkan petisyen tersebut.
Ini keran ketika sampai prog sudah berjalan dengan Pengerusi GPMS Sdr Jais Abd Karim sedang menyampaikan ucapan dengan mencabar Ketua Menteri untuk berdebat bukan dengan budak-budak hingusan dari AMK, DPPNPP dan DAPsy. Beliau dengan lantang mengkritik kepimpinan PR Pulau Pinang.
Beliau mahu debat diadakan kononya ditempat yang bebas bukan di Kubu PR. Heheheheh kita dah jemput dan dia setuju tapi hari ni cabar plak......Sudah laaaaa.....Berapa ramai melayu Pulau Pinang duduk dalam GPMS..... /
Azrizal Tahir
( Ketua AMK Cabang Bayan Baru )
2 ulasan:
Sdr Azrizal,
1.Aku masih ingat tatkala anwar ibrahim dgn wajah yg manis dan ucapan yg bersemangat semasa menerima seorang ADUN UMNO yang masuk PKR....
2.Ada ke kau tika itu mahukan ADUN tersebut meletakkan jawatan !!!!
3. 16 SEPT kalau menjadi, ada ke Angkatan Muda Keadilan mendesak yang masuk PR letak jawatan....
4.Tu la konsep wal HALAL ku, Wal HARAM mu...yg semakin jelas semakin membunuh.... rakyat 'musnah'
5.Kalau benar2 istiqamah dlm perjuangan, prinsip dan pegagangan tak akan berubah.....
adibeta,
kubang kerian, kelantan
Salam Semua...
Setahu saya kalaulah jadi 16 Sept tu...dapat kuasai sahaja MP BN masuk ke PR...kita akan bubar dan adakan pilihanraya semula,jadi tak timbul hal siapa halal, siapa haram.Itu yang kita suruh mereka letak jawatan...kerana mereka masuk bebas bukan atas perinsip...tapi atas masaalah peribadi.Macam itu sapa yang sokong kira samalah juga dengan mereka...bermasaalah dan tak punya perinsip.
Catat Ulasan