Selasa, 27 April 2010

Cerita yang tidak akan masuk dalam mana-mana media BN : Ahli UMNO Masuk PKR

DALAM senario UMNO mewar-warkan kepincangan PKR di mata rakyat Malaysia, hari ini dua orang kuat UMNO Tenom keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Halik Zaman, Ex-Officio PKR Negeri Sabah merangkap Ketua Informasi & Komunikasi Bahagian Bahasa Malaysia.

Haji Razali Danis dan Yusof Hussin, kedua-duanya dari Kg Pa’al Seberang menyerahkan borang-borang keahlian mereka kepada Halik Zaman. Menurut mereka, kebanyakan penduduk Tenom telah mula membuka mata, hati dan fikiran mereka dengan beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat pedalaman kini telah sedar bahawa selama ini mereka hanya dipergunakan sahaja oleh kepimpinan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional demi untuk memenangi pilihanraya sahaja.

Selepas musim pilihanraya mahu lihat muka wakil rakyat pun terlalu amat sukar. Jadi bagaimana mereka dapat menyandar nasib kepada wakil rakyat yang telah mereka undi semasa pilihanraya ?

Kerana kesedaran inilah, kebanyakan penduduk kampung mulai menghijrahkan kepercayaan dan keyakinan mereka kepada kepimpinan Pakatan Rakyat amnya dan PKR khasnya. Mereka percaya kepimpinan Pakatan Rakyat mampu merubah nasib mereka dan tidak hanya mementingkan kepentingan diri mereka sendiri.

Menurut Razali, akan ada lebih banyak lagi penyertaan penduduk kampung yang akan berhijrah kepada Pakatan Rakyat kerana beliau sendiri akan menggerakkan jentera penerangan ke kampung-kampung di pedalaman Tenom, Sabah.

Semasa mengalu-alukan kemasukan dua orang penting dari UMNO Bahagian Tenom itu, Halik berkata, “Anda semua tiada ruang dalam UMNO kalau bukan menjadi ‘kroni dan khadam’ dalam UMNO. Anda bukan orang elit dalam UMNO, maka anda tidak penting dalam UMNO. Anda cuma berguna semasa pilihan raya sahaja”.

“Sistem menjadi alat selama ini dalam UMNO akan Pakatan Rakyat ubah agar anda semua menjadi rakyat yang mahu melihat generasi muda anda punya masa depan yang cemerlang, yang bukan hidup bergantung meminta ehsan kepada UMNO semasa pilihan raya dalam 5 tahun sekali sahaja, tapi ada ruang untuk anda berdikari berdiri di atas kaki sendiri,” tegas Halik.

Kata Halik, “Rakyat sudah meminta tanah dengan Kerajaan UMNO/BN, jawapan yang diterima permohonan tanah anda sedang dipertimbangkan. 10 tahun berlalu, permohonan tanah rakyat masih lagi dalam timbangan. Kalau 10 dulu sudah diluluskan oleh Kerajaan UMNO/BN maka hari ini rakyat Tenom sudah dapat hasil dari tanaman kelapa sawit dan getah.

“Sistem ‘tunggu dulu dan timbang dulu’ permohonan tanah rakyat inilah yang akan dirubah oleh Pakatan Rakyat. Ternyata ‘Timbangan BN’ sudah tidak boleh pakai lagi,” jelas Halik sambil bergurau

sumber: sabahdaily


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

Mozas berkata...

Pas dah serik berkempen untuk PKR! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/pas-serik-berkempen-untuk-pkr.html

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...