Khamis, 8 April 2010

MP Bn ugut nak pukul MP PR

Ahli parlimen Ipoh Barat , M Kulasegaran (bawah, kiri), hari ini mendakwa wakil rakyat Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman, mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen.

Sehubungan MP dari DAP itu membuat usul kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya siasatan dijalankan berhubung ancaman itu.

"Lima belas minit lepas, semasa saya di luar dewan, tiba-tiba Pasir Salak datang mengancam saya dan nak pukul saya dan mengatakan bahawa saya telah cemar nama baik dia.

"Dia beri amaran kepada saya jika saya tidak berhenti, dia akan hantar orang ke kawasan saya pukul saya," katanya sebaik dewan selesai membincangkan isu mengenai insiden kekecohan semalam membabitkan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Kulasegaran juga mahu tindakan susulan kerana Tajuddin pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Ketika diminta mengulas, MP dari BN itu menafikan dakwaan berkenaan.

Tajuddin juga mempertikaikan tindakan Kulasegaran menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

"Buat apa saya nak ugut dia? Saya sekadar marah beliau kerana membuat kenyataan tak bertanggungjawab. Saya dapat maklumat, dia gunakan blog buat tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya.

"Saya sudah senyap selama ini dengan semua kenyataan bodoh yang dibuatnya di blog. Tadi, semasa saya jumpa beliau, saya kata...hentikan perbuatan sia-sia ini," katanya.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...