PENYOKONG Barisan Nasional (BN) dilaporkan melakukan provokasi dengan mempamerkan aksi lucah kepada penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah namun keadaan masih terkawal.
Pergaduhan juga hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.
Exco Selangor, Elizabeth Wong juga telah mengesahkan halangan yang terdapat di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas laporan buat mengenainya awal pagi tadi.
Terkini, SPR menyatakan 31,632 atau 49.04 peratus telah menjalankan tanggungjawab mereka menjelang 12 tengahari tadi.
Media juga melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dengan mengajak pengundi memangkah BN.
Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratusan sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata ini mungkin merupakan protes senyap orang Melayu kepada calon BN, Kamalananthan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan