Ahad, 11 April 2010

Seorang EXCO Kerajaan Negeri Pahang diperdaya remaja berusia 18 tahun

KUANTAN, 11 April [11.20 am] - Seorang pelajar pintar ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shahdengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Remaja berusia 18 tahun itu memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, sebelum itu dipercayai menghantar sepucuk surat rasmi palsu berlambangkan istana ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang, Cherating memaklumkan mahu membuat lawatan rasmi ke kem itu.
Berikutan itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechilpergi ke Pahang, Isnin lalu dan ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini disambut sendiri suspek sebelum mereka bertolak ke Kem Cahaya Gemilang.
Siasatan awal polis mendapati remaja itu pernah membuat lawatan ke sebuah rumah kebajikan berhampiran Kem PLKN di Kampung Hijrah, Pekan pada 14 Mac lalu yang turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri.
Ketika menyertai lawatan rasmi ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, remaja itu turut menyempurnakan majlis menyematkan lencana kepada pelatih kem berkenaan.
Helah remaja berasal dari Bera itu tambah meyakinkan apabila turut memakai pakaian PLKN yang bersulam namanya sebagai Tuan Muda dalam lawatan berkenaan.
Difahamkan, suspek yang juga bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha (foto), berkata suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika berehat di rumah saudaranya di Tanah Putih Baru I di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Katanya, polis sebelum itu menerima maklumat daripada pihak istana berhubung kegiatan penyamaran berkenaan lalu menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan sehingga berjaya memberkas remaja terbabit.
“Kita masih menyiasat identiti sebenar remaja itu, selain berusaha mengesan ayah kandungnya kerana dia dipelihara keluarga angkat sejak kecil," katanya, di sini semalam.
Beliau berkata, dalam serbuan ke rumah berkenaan, polis turut merampas dua helai pakaian yang mempunyai nama Tuan Muda dipercayai digunakan remaja terbabit ketika membuat lawatan rasmi ke kem PLKN.
Katanya, suspek ditahan reman sehingga Selasa ini di IPD Kuantan untuk membantu siasatan kes ini.

[Sungguh memalukan dengan apa yang berlaku. Tidak munasabah langsung pihak terbabit gagal mengesan kegiatan remaja tersebut sejak dari awal lagi termasuk Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Bukankah, setiap majlis yang melibatkan institusi raja hatta anak angkat yang diperkatakan itu harus merujuk kepada Unit Protokol SUK Pahang terlebih dahulu. Makanya, tidak masuk dek akal beliau yang telah memperdayakan pihak terbabit dalam satu majlis lain di Pekan kini berjaya pula menipu Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Jika beginilah keadaannya, maka kita yakin lebih banyak penipuan terancang boleh dilakukan oleh musuh-musuh yang sengaja mahukan maklumat negara seperti pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen baru-baru ini. Makanya, perkara seperti penyamaran ini haruslah ditangani sejak dari awal dan bukannya sehingga pihak berkenaan boleh tertipu dengan seorang remaja belasan tahun. Apapun, kami gusat dengan motif remaja terbabit?].

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

budakbalun berkata...

bro zul.. mai la share link..
aku dah letak baekk punya lnk hang kat blog aku..

bila nak mai Hulu Selangoq??

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...