KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas oleh sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lepas, Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ”Nik Aziz”.
Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.
"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
4 ulasan:
Poyo betul budak ni. Kalau rasa ilmu penuh di dada datang la Kelantan bawak parang panjang. Takut2 sebelum nak tikam Tok Guru, parang tu makan diri kot..
bawak parang panjang pi kelantan? hehehe dia nak keluaq dari kampung sendiri pun dah kecut!! berani melalak ja tu.. ada harapan jadi pelapis ketua pemuda UMCO.
apa lah!!!memalukan supporter M.U(Manchester United)!!mujur aku pun supporter M.U(Manik Urai),tengok muka pon mcm mat belia yg poyo!!nk gelak pun ada,hahahahahaha
mamat ni one of my fren masa skolah rendah dulu..nama dia safuan hilmi..dekat je dgn umah aku..
dia dari skolah rendah lg memang benci kt TGNA..aku pun xtau apela yg TGNA dh buat kat dia sampai dia benci sgt..
kesian mak dia la..mak dia cikgu kat skolah aku dulu..PK lg..
Catat Ulasan