Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 3 Mei 2010

Memorandum Pemuda Pakatan Rakyat Kepada SUHAKAM Berhubung Kes Tembakan Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Memorandum ini adalah merupakan keputusan dan persefahaman bersama di antara Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan juga Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) di bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda Pakatan) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

3. Pemuda Pakatan memandang serius akan insiden yang menimpa Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, seorang remaja berusia 15 tahun yang maut ditembak di bahagian kepala pada 26 April 2010 yang lepas. Pihak polis dalam kenyataan awal mendakwa Aminul Rasyid terlibat dalam kes samun dan jenayah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Polis juga mendakwa menjumpai sebilah parang dalam kenderaan tersebut.

4. Berlaku percanggahan fakta hasil beberapa laporan media sebelum ini, di mana mengikut seorang saksi utama kejadian, apa yang berlaku ialah saksi mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju, yang mana kemudiannya mereka dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

5. Saksi mendedahkan tembakan telah mengenai kepala mangsa sehingga mangsa terkulai layu, membuatkan saksi mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Saksi juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

6. Kes ini nyata memberikan impak negatif kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara, rentetan beberapa kes tembakan seumpama ini dicatitkan berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Antara kes yang melibatkan tembakan polis ialah : Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis).

7. Lebih menjelekkan, apabila Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminul Rasyid Amzah beberapa hari lepas memberikan kenyataan berikut;

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."

8. Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih malang ianya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

9. Pemuda Pakatan meragui beberapa perkara yang berlaku di sebalik insiden ini, yang mana seharusnya menjadi asas kepada SUHAKAM untuk meneliti kes ini secara menyeluruh;

(a) apakah tembakan boleh dilepaskan sewenangnya oleh pihak polis, hanya dengan alasan "mempertahankan diri", sedangkan dalam beberapa perakuan saksi utama menunjukkan bahawa tidak ada sebarang tindak balas diambil oleh mangsa melainkan cuma melarikan diri berikutan panik?

(b) apakah Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara memberikan justifikasi yang longgar kepada mana-mana anggota polis samada beruniform ataupun preman untuk melepaskan tembakan sewenangnya tanpa sebarang amaran diberikan terlebih dahulu?

10. Pemuda Pakatan menyifatkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan panel khas siasatan adalah sesuatu yang tidak memadai, memandangkan wujud "clash of interest" yang ketara dalam keadaan PDRM adalah merupakan sebuah agensi di bawah KDN. Lagipun, panel khas tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa, hanya bertindak sebagai pemantau dan hanya melaporkan balik kepada KDN, bukan kepada rakyat secara terbuka.

11. Pemuda Pakatan mendokong sepenuhnya saranan Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) melalui Presidennya yang juga mantan Pesuruhjaya SUHAKAM, Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan, di mana beliau menyarankan SUHAKAM sebagai badan yang bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan yang dijalankan telus.


03 Mei 2010


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan: