Jumaat, 18 Jun 2010

Kos jambatan kedua: Najis berbohong

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya berkenaan kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.

“Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina “casting yard”.

“Perdana Menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina 'casting yard' oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan 'casting yard' tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.

“Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi.

“Con
tohnya, menurut perdana menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar selarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua,” katanya.

Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk “Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review” oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau 'fair price' untuk jambatan kedua adalah RM 4.3 bilion.

“Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan,” katanya.

Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi.

Kat
anya, kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat.

“Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?” soal Liew.

Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta 'HQ overhead and support' sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau.

“Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi.”

Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...