Khamis, 15 Julai 2010

Pembangkang diikat, BN tumbuk perut

PULAU PINANG, 15 Julai: Suasana sekarang bolehlah diibaratkan pembangkang diikat tangan dan kaki serta mulut ditutup sedangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno melakukan tumbukan bertubu-tubi ke perut, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man (gambar).

Baginya, situasi itu menggambarkan Umno dan BN bacul kerana tidak berani berhadapan dengan pembangkang yang tidak menyambung permit penerbitan akhbar milik PAS, PKR dan DAP.

"Adakah patut pembangkang diikat tangan, kaki dan mulut ditutup, Umno dan BN pula melakukan tumbukan bertubi-tubi. Cara ini penakut dan dayus, bukan cara berani beradu tenaga di medan demokrasi," ujarnya ketika dihubungi.

Kata beliau, Umno dan BN sepatutnya tidak gusar berhadapan dengan pembangkang yang bergabung atas nama Pakatan Rakyat melalui media atau penerbitan mereka tetapi harus bertemu bagi menentukan siapa yang kuat dan diterima rakyat.

Katanya, kaedah yang dilaksanakan BN itu sebenarnya boleh menimbulkan kemarahan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kerana menghalang rakyat daripada menerima maklumat yang jelas dan benar.

"Rakyat sekarang sudah matang berpolitik, mereka tidak mahu lagi dikongkong untuk mendapatkan maklumat sebenar. Justeru itu, BN harus sedar dan membenarkan kembali ketiga-tiga suara pembangkang beroperasi kembali," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir.

Bagi beliau, BN tergugat sekarang ini sehingga sanggup mengambil sikap menyekat kebebasan media yang sedang mendapat perhatian rakyat yang cintakan kebenaran.

“Tidak mustahil Kerajaan BN akan menghalang kegiatan ceramah pembangkang sebab media pembangkang bergantung pada ceramah yang disampaikan oleh pemidato hebat berbanding BN dan Umno yang hanya berkokok dari jauh,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Suara Keadilan (milik PKR), Harakah (PAS) dan Roket (DAP) diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan masih tidak diberikan permit.

Sehubungan itu, pimpinan Pakatan Rakyat semalam memutuskan untuk menangguhkan sementara penerbitan akhbar berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripada menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

biasa le tu kalau dalam perlawanan, pelbagai taktik perlu di lakukan untuk menang.

kalau pas pula berkuasa, dia bukan tumbuk perut, dia tanam hingga kat aras kepala, kemudian dia rejam dengan batu.

kan sama aje tu?

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...