Sabtu, 28 Ogos 2010

Bekas ketua PKR yang paling tadah 'tak cekap'


Ketua pemuda PKR Bukit Bintang, Rahman Hakeem membidas bekas pengerusinya, Mahmood Abdullah yang meninggalkan parti itu semalam untuk menyertai Umno sebagai pemimpin tidak cekap.

Mahmood bersama 15 ahli dari cabang yang menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam dan mendakwa PKR “tidak mempunyai fokus”.

Bagaimanapun kata Rahman, Mahmood meninggalkan parti itu sendiri dan jawatankuasa cabang Bukit Bintang tetap utuh.

Malah jelasnya, Mahmood telah memilih untuk meninggalkan cabang itu dan telah dipindahkan ke PKR cabang Subang pada Jun lalu. Justeru, beliau bukan lagi ketua cabang Bukit Bintang.

"Siapa yang 15 itu? Timbalan pengerusi, tiga naib pengerusi, setiausaha, ketua pemuda (merujuk kepada dirinya sendiri) masih bersama parti,” kata Rahman sambil menambah bahawa Mahmood telah dua tahun tidak menjalankan tugasnya sebagai pengerusi.

"Kami tolaknya kerana dia tidak cekap dan dia rasa dirinya terancam. Mahmood juga gagal memanggil mesyuarat bulanan sejak dua tahun lalu dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti untuk cabang ini.”

Rahman mendakwa Mahmood juga mensabotaj cabang Bukit Bintang daripada menghalangnya daripada menghadiri kongres kebangsaan parti 2009 yang diadakan di Kelantan pada Mei tahun lalu.

"Kami mengadakan mesyuarat tahunan cabang pada Mac tetapi dia tidak hantar minit mesyuarat kepada majlis tertinggi,” dakwanya Mahmood sebagai punca cabang itu tifdak dapat menghantar perwakilan menghadiri kongres itu.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

2 ulasan:

Yong berkata...

Satu negara tahu golongan katak kaki dua ni memang hampeh, noktah.

sasha2020 berkata...

Masa dlm PKR, semuanya bagus...

Bila dah keluar PKR, semunya tak bagus..

Bodoh punya komen!!

Sepatutnya, muhasabah diri..Kenapa orang keluar dari PKR??

Ramai yg dah keluar sebenarnya...Tapi ada yg masih syok sendiri...

Yg ada kat dalam PKR sekarang ni pun, kalau kita tanya apa sebenarnya perjuangan kamu?? Tak ada yg dapat jawab dgn baik...mereka ni hanyalah pak turut dan balaci anwar...

Org yg paling dkt, yg berjuang dgn anwar, masuk penjara sekali dgn anwar pun dah insaf, inikan budak budak mentah yg tahu tahu pucuk pangkal...

Kepada ahli PKR, keluar lah dari parti kencing rakyat ni...Nescaya anda akan selamat dunia dan akhirat..

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...