Rabu, 25 Ogos 2010

Cikgu Bad minat tanding ketua AMK

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) "sekiranya terdapat isyarat yang jelas yang mahukan beliau bertanding jawatan tersebut".

"Saya percaya dan yakin ahli-ahli AMK di peringkat cabang akan membuat keputusan. Terpulanglah kepada mereka," katanya.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03"Saya akan terus bekerja untuk parti, terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan. Saya bukan jenis orang, bila tiba masa pemilihan, baru (hendak) turun ke bawah," tambahnya.

Jawatan ketua AMK kini disandang oleh Shamsul Iskandar Md Akin.

Malaysiakini menghubungi Badrul Hisham untuk mengulas desas-desus yang menyebut bahawa beliau berminat bertanding ketua AMK.

Difahamkan, beliau berpeluang memenangi jawatan tersebut kerana dipercayai mempunyai sokongan kuat di Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Cikgu Bad' berharap anak-anak muda dalam AMK supaya "meraikan demokrasi, dan bukannya menyerang individu-individu tertentu" dalam pemilihan parti kali ini.

"Kita memberi tawaran yang terbaik. Orang tanya saya mengenai (kepimpinan) Shamsul Iskandar, (maka) saya jawab beliau telah melakukan sedaya-upaya dan terbaik (untuk AMK)," katanya.

Ditanya mengenai tokoh AMK lain yang mungkin menawar diri bertanding jawatan itu, Badrul Hisham berkata, beliau tidak tahu.

Malah, tegasnya, sekiranya dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut, beliau cenderung untuk tidak memilih regunya.

"Biar bertanding atas kapasiti (individu) masing-masing. Kalau tidak (AMK) berpecah macam kapal," katanya yang juga ketua PKR cabang Rembau.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

komen dalam FB Dio Sani
Dari sumber maklumat yang boleh dipercayai,umno perhubungan negeri sembilan mula memberi perhatian terhadap permilihan pucuk pimpin PKR yang akan berlangsung sept ini,menurutnya lagi pucuk pimpinan umno negeri agak cemas apabila tahu chegubard sedia untuk tandingi jawatan ketua pemuda (AMK)...katanya jika chegubard berjaya memenangi jawatan tersebut maka umno negeri mahupun pusat agak terdedah dari serangan2 dan pendedahan yang akan dilakukan oleh chegubard!!! ha...ha...saya rasa macam kelakar pulak ingatkan lawan chegubard saja yang takut!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...