Jumaat, 3 September 2010

Pemilihan keADILan:Rebutan Kuasa dan Pengaruh


Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka. Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010. Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti.

Antara beberapa desas-desus yang menjadi perbualan hangat di warung-warung kopi di Bangsar dan Petaling Jaya adalah berhubung dengan pengenalan amalan demokrasi yang lebih mendalam ini di Malaysia. Kebanyakan keputusan pun dibuat sambil minum teh tarik di warung kopi. Banyak persoalan yang tercetus apabila keADILan mengambil tindakan ini, antaranya amalan ini akan mempengaruhi pemilihan PAS dan DAP, sama ada amalan ini akan mempengaruhi mana-mana parti komponen Barisan Nasional, khususnya UMNO, dan mungkinkah amalan ini digunapakai untuk pemilihan barisan Kabinet suatu hari nanti?

Ketua AMK: Pertandingan empat penjuru

Selain itu, isu pencalonan juga menjadi topik hangat di kalangan anggota parti dan penyokong mereka. Ada pihak yang mengatakan bahawa Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai) tidak akan bertanding apa-apa jawatan kerana khuatir parti terus dilabel sebagai parti anak-beranak jika menang. Isu yang lebih hebat daripada itu berkaitan isu pencalonan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda, yang dijangka akan melihat pertandingan empat penjuru. Isu ini menjadi modal sindiran hangat dalam twitter dan facebook beberapa nama besar dalam sayap pemuda itu.

Ada juga yang mendakwa barisan kepimpinan baru sudah pun diatur dan pemilihan yang bakal berlangsung hanya sekadar kelaziman untuk legitimasi. Nama-nama yang menjadi sebutan ramai adalah Anggota MPT, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard; seorang intelek muda, Rafizi Ramli; Ketua Angkatan Muda sekarang iaitu Shamsul Iskandar Md Akin dan penulis ucapan untuk Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Cabang Parit Sulong Johor, Hasmi Hashim (gambar kanan, tengah) yang lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat penulis lirik lagu Ajaib yang dipopularkan oleh kugiran rock Spider.

Daripada nama-nama pemuda tersebut, hanya Badrul Hisham dan Hasmi Hashim sahaja yang boleh dikatakan popular di kalangan orang muda, sungguh pun bagi sebab-sebab yang berlainan. Jika Chegubard dikenali dengan gaya streetfighter (pahlawan jalan raya) dalam berkonfrontasi dengan pihak dari parti lawan dalam arena politik, Buddhi Hekayat pula popular sebagai penulis lirik dan penyajak. Persamaan kedua-duanya pula adalah semangat idealisme orang muda yang membara-bara, dan sikap rebel terhadap pucuk pimpinan parti.

Sebilangan ahli parti mendakwa Rafizi adalah orang pilihan pucuk pimpinan parti, manakala Chegubard dan Hasmi pula adalah penghalang yang enggan mengikut telunjuk. Yang jelasnya orang muda lebih cenderung menyokong Chegubard dan Hasmi Hashim, kerana mereka sering terlibat secara terus dengan orang muda, lantas lebih memahami kehendak dan keperluan generasi muda. Ramai yang memandang enteng akan Hasmi Hashim dan menjangkakan pertandingan sengit di antara Chegubard dan Rafizi, sementara Shamsul Iskandar pula kurang menjadi tumpuan.

Chegubard dan Hasmi

Keserasian Chegubard dan Hasmi yang cuba mendekatkan diri orang muda dilihat sebagai kekuatan utama mereka dalam parti. Jika Chegubard popular di kalangan anak muda, Hasmi pula lebih mesra dengan pimpinan-pimpnan mahasiswa dari universiti tempatan. Barangkali gandingan kedua-dua pemuda ini adalah yang terbaik bagi kepentingan parti, namun pihak atasan parti lebih gemar akan Rafizi Ramli yang jarang dikenali orang muda. Sementara Chegubard diramal untuk memenangi jawatan tersebut, Hasmi pula dijangka melakukan kejutan atau keajaiban dalam pemilihan nanti.

Chegubard dari Negeri Sembilan dan Hasmi di Johor. Mereka sama-sama mempunyai jentera setia masing-masing, sungguhpun kadangkala puak berkepentingan akan sekali-sekala mengugut keluar parti dan masuk parti lawan.

Chegubard pernah menerajui kempen Black 14 (2004) yang menjelajah seluruh Negara berkempen untuk pemulihan sistem Negara dengan mengambil isu Anwar Ibrahim sebagai subjek utamanya. Hasmi pula bergerak di belakang Institut Kajian Dasar dan Komuniti Jalan Telawi melalui program seni Apuke sekitar masa yang sama. Hasmi juga petah dengan pendekatan politik gimiknya sebelum ini seperti manifesto Angkat Semangat Zaman dan sebelum itu Pencerahan.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

diharap masing2 hadir dengan KPI yang terbaik untuk anak muda. idealisme penting untuk anak muda tapi jgn lupa selitkan islamisme.

cikgu bard calon terbaik. kurang perhatian kerja lapangan lebih.

mcm zaid ibrahim ckp dia tidak akan bertanding kalau khalid bertanding sbb khalid kurang bercakap kerja lebih.


selamat mengundi.

generasi bundle

tungkaran hati.blogspot berkata...

Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini? Bukannya takutkan Allah tapi DAP...
Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.

Tanpa Nama berkata...

Jangan takut buat aja hukum hudud, sekarang ni UMNO tgh berkuasa tunggu apa lagi jalankan hukum hudud takan nak tunggu PAS.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...