"Kita semua orang (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang (presiden) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kita menyokong (calon timbalan presiden) Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub kerana mereka adalah teras pucuk pimpinan kita," katanya.
Namun demikian, kehadiran Mustaffa di sidang akhbar hari ini mungkin memberikan penunjuk di mana terletak kesetiaannya.
Ditanya mengenainya, Badrul (kiri), yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata beliau menjemput semua calon timbalan presiden, tetapi percaya yang lain-lainnya ada urusan kerana hari ini adalah hari bekerja.
Beliau bagaimanapun, mengakui berkongsi pandangan reformis Mustaffa dan menghormati kesetiaannya kepada parti.
Regu Badrul adalah ADUN Teja Chang Lih Kang yang bertanding jawatan timbalan ketua AMK.
Chang sebelum ini disenaraikan untuk bertanding jawatan exco AMK oleh pasukan pesaing 'Generasi Reformasi' yang diketuai oleh Rafizi Ramli.
"Saya membuat keputusan ini kerana saya ingin bertanding jawatan yang lebih tinggi daripada anggota exco, yang disenaraikan (dalam pasukan Rafizi)," katanya.
Yang lainnya dalam pasukan Badrul, yang bertanding di bawah slogan 'Penerus Momentum Reformasi', adalah calon naib ketua yang juga ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari dan wakil cabang Keningau, Dr Nicholas J Guntobon
.
Turut hadir hari ini ialah bekas ketua komunikasi PKR, Jonson Chong dan wakil AMK dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor dan kira-kira 30 orang penyokong.
lagi gambar semasa pc leh klik di sini ... disini,,, dan disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan