Khamis, 11 November 2010

Pemilihan Keadilan : Enam resolusi baiki pemilihan PKR dilulus

Sebanyak enam resolusi berjaya dibentuk melalui Rapat Anak Muda yang dianjurkan salah seorang calon bagi ketua angkatan muda Badrul Hisham Shaharin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Badrul berkata, resolusi berkenaan akan diserahkan oleh ketua perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman kepada presiden dan majlis pimpinan pusat parti itu dalam tempoh 24 jam.

"(Secara umumnya, resolusi adalah berkaitan) penambahbaikan parti, proses pemilihan dengan mengambil kira kepercayaan rakyat kepada parti itu," katanya kepada media selepas pertemuan lebih dua jam itu.

Tambahnya, Fauzi dipilih sebagai "orang tengah" memandangkan beliau seorang yang disegani dan neutral kerana tidak bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini.

"Semua pengumuman akan dibuat oleh Datuk Fauzi sendiri dalam tempoh 24 jam kita akan beri respon terhadap perkembangan yang berlaku," katanya.

Ditanya lanjut, beliau berkata pertemuan dengan lebih 200 anggota parti dan pengundi itu tidak membincangkan pilihan sama ada untuk menarik diri daripada bertanding.

Profesor: Jangan bakar kelambur

"Itu bukan dalam kiraan kami. Kita akan terus bertanding, maknanya kekal atau tidak itu tidak termasuk dalam resolusi," katanya lagi dan menambah, sokongan sama ada untuk

"(Sama ada untuk tangguhkan pemilihan), itu akan diumumkan oleh Datuk Fauzi.

"Setakat ini proses pemilihan ahli itu diterima (oleh ahli) dan kita melihat ia adalah proses yang baik dari segi prinsipnya. Tetapi mungkin ada, tidak kita nafikan berlaku kepincangan, kesalahan dan sebagainya, itu yang ingin kita perbaiki.

"Saya rasa parti juga dihuni oleh pemimpin yang berjiwa besar dan sanggup menerima teguran dan sanggup memperbaiki keadaan," katanya lagi ketika ditanya.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut memberi ucapan dalam pertemuan tertutup itu berkata, beliau menasihatkan anggota parti berkenaan supaya bersabar dan "tidak mengikut rentak orang luar."

"Walaupun ada kelemahan saya tengok ini satu keberanian di pihak parti untuk kemukakan cara baru (melalui pemilihan langsung)

"(Memang) ada masalah tetapi itulah sebenarnya kekuatannya supaya pemimpin itu naik dengan cara yang terbuka yang telus. Walaupun saya tak nafikan ada pemimpin yang gunakan cara yang tak sihat tapi lama kelamaan orang ini akan terkeluar juga.

"Mungkin sekarang tidak, jadi saya katakan tadi kena bersabarlah, jangan sampai bakar kelambu kerana ada satu dua masalah. Kena bersabar dan gunakan saluran yang ada, saya katakan tak ada benda yang tak ada kelemahan. Ini kali pertama, kena bersabarlah.

Tak hancur

Tambahnya, PKR perlu menghadapi masalah yang timbul dalam pemilihan kali ini "dengan berani."

Katanya, mungkin terdapat teguran terhadap parti "mungkin betul" namun sistem parti itu masih perlu dihormati.

Beliau yang ditemui di luar bilik pertemuan tertutup itu juga berkata pemimpin yang tewas dalam pemilihan perlu menghadapinya dengan terbuka.

"Parti akan terus bergerak, bukan kali pertama ada orang mengugut untuk keluar dan sebagainya.

"Sebelum ini ada orang yang lebih besar daripada (pemimpin yang mengugut untuk keluar PKR), saya sebut tentang (bekas presiden Umno) Datuk Onn (Jaafar), (ahli parlimen Gua Musang) Tengku Razaleigh (Hamzah), tapi parti tidak hancur.

"Musuh-musuh akan gunakan, itu soal dia. Dalam konteks lain, PKR kena hentam juga jadi parti kena faham, sebagai parti yang nak kemukakan cara baru kepada rakyat, dia kena terbukalah," katanya

1 ulasan:

bunbinban berkata...

manusia yg duk sebelah chegu bard, ketua cabang temerloh paling hampas temerloh pernah ada. keje malas. program apa tah lagi, takde lansung. berangan nak jadi ahli parlimen tapi dari dulu dok tumpang program PAS dan AMK cabang. Aku cukup meloya tengok perangai mcm ni. bila depan pimpinan pusat bkn main lagi tunjuk lagak konon aku lah mengerakkan PKR Temerloh.piraaaahhh mabuk. Time election, mengeluh bajet takde tapi setiap kali lepas election tukar kereta baru. ada pulak duit!. sudah2lah ahmad nizam hamid, kamu takde ke layaknya jadi ahli parlimen Temerloh. Lebeh baik PKR tak bertanding parlimen Temerloh PRU13 nnt, buang masa sbb dia ni tak pernah buat keje, kalau borak ngan dia, sikit2 sentimen pengundi skang ni berpihak dgn PR...mana ntah dia dpt info pun tak tau. Kalau harapkan sentimen nak menang election, lebeh baik tak payah.
Dah tu berangan nak tanding MPT, dulu masa dia jadi exco AMK, boleh cek rekod, dlm sepuluh meeting kat pusat sekali je dia hadir. Buat malu anak buah je yg kempen nak rak nak menangkan dia tapi buruk benor kelaku dia ni. Siap la ko, ABAN(Asal Bukan Ahmad Nizam) sedang bergerak. Aku bkn apa, aku nak calon PRU13 utk PKR biarlah calon yg benar2 layak, yg benar istiqamah, ihklas dlm perjuangan. Bukannya calon sekadar ada je. Dan jgn jadikan Anwar alasan ko nak bertanding kononnya Anwar yg suruh ko bertanding. Ye la, manalah Anwar tu tau yg ko ni pemalas, kedekut taik idung masin sbb ko selalu contact dia, tunjuk muka, berlakon bila bersua muka dgn Anwar. Yg Anwar ni pun percaya bulat2 apa ko sembangkan padahal ko satu benda pun tak buat. Jgn tak tau, kami semua ada info tentang kedudukan PKR di mata masyarakat, berapa peratus yg menyokong PKR jika ingat ye JIKA, ko yg jadi calon alamatnya bungkuslah ko. Tapi yela, kalah ke menang ke, kereta tetap tukar baru. aku pesan, kalau dengar sembang dia, dengar boleh percaya bolehlah bagi 10% kot.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...