Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini untuk membincangkan kedudukan kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.
Pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam kenyataan berkata mesyuarat khas itu juga akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung kedua-dua kawasan berkenaan, lapor Bernama.
Selepas mesyuarat itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengadakan sidang akhbar yang dijadualkan pada 11 pagi di Bilik Gerakan SPR di Putrajaya.
Anggota parlimen PAS di Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.
Selang beberapa jam selepas itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mengumumkan peletakan jawatan V Arumugam sebagai wakil rakyat Bukit Selambau dan anggota exco kerajaan negeri.
Pada pilihanraya umum lalu, Roslan menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala Arumugam yang bertanding atas tiket ebas menewaskan S Krishnan, juga daripada BN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...

-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Beberapa jam selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan menjelang lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak,...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan