Isnin, 12 Oktober 2009

ISA bakal rampas kerusi no satu N9??-malaysiakini

" Siapa sangka, bekas Bos Mat Hasan dulu yang merupakan Idola rakyat nombor satu Negeri Sembilan kini sedang bersiap sedia menunggu masa untuk merampas kembali takhta yang pernah didudukinya selama berpuluh tahun iaitu kerusi empuk yang dipinjamkan sementara untuk Mat Hasan.

Suka atau tidak, itulah pilihan rakyat dan pilihan Mat Hasan sendiri. Mat Hasan sedang menghitung hari dan dicadangkan supaya bersiap sedia untuk belayar kerana The Boss Is Back. Isa sedang menanti untuk pulang ke bilik lamanya dan Mat Hasan hanya menunggu masa sahaja untuk berlalu pergi. Kerusi yang dipangku Mat Hasan sementara Mat Isa menjalani edah hukuman disiplin Umno sebenarnya kurang diyakini rakyat.

Mat Hasan dalam keadaan kau dipaksa aku terpaksa, memaksa diri mengornbankan jawatan MB kerana taat kepada boss lamanya dengan menyokong Mat Isa. Pengorbanan ini dilakukan untuk memajukan Umno dan persiapan untuk menghadapi perhimpunan Agong Umno yang akan datang.

Negeri sembilan perlu menghantar wakil superstar yang kualitinya hanya ada pada Mat Isa diperhimpunan agong Umno nanti. Musuh Mat Hasan yang juga kroni Mat Isa sedang membilang jari untuk mendapatkan laba hasil daripada sokongan yang diberikan kini.

Wow hebat sekali perjalanan politik Mat Isa malah lebih hebat daripada Mahathir. Mat Isa yang pernah disih kembali dipilih untuk kembali memerintah Negeri Sembilan. Ketepi-ketepi Mat Hasan, Mat Isa sudah kembali… Mat Isa menang, Mat Hasan mampu ketawa besar kerana membantu walau ketawa dalam tangisan.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...