Ahad, 4 Oktober 2009

Tabung Gempa Bumi Padang, Sumatera.-malaysiakini


Kejadian gempa bumi yang di Padang baru-baru ini telah meragut lebih 1000 korban dan angka ini dijangka berlipat kali ganda kerana lebih 3000 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan bangunan apabila kejadian gempa yang beukuran 7.6 Skala Richter telah menumbangkankan lebih 11000 bangunan di Padang dan Pariaman.

Wakil JIM di Padang melaporkan ada beberapa jalan dan jambatan yang rosak telah menyebabkan laluan untuk usaha menyelamat dan bantuan sukar untuk dilakukan.

Sesungguhnya ini adalah ujian dari Allah untuk penduduk di sana dan kita berdoa supaya Allah lindungi kita dari musibah ini.

Kebanyakkan mereka yang terkesan dari malapetaka ini hilang segalanya - saudara-mara, rumah kediaman. pakaian dan sebagainya.

Oleh itu kami merayu pihak tuan supaya dapatlah sekiranya menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai supaya pihak kami dapat membeli alatan untuk khemah perlindungan sementara, menghubungkan kembali bekalan air, membeli Gen-Set, membeli ubat-ubatan, pakaian serta bahan asasi makanan seperti beras dan sebagainya.

Sumbangan anda dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Pejabat JIM Pulau Pinang, d/a 64 Tingkat 2, Jalan Bukit Kecil 1,Taman Seri Nobong, 11900 Pulau Pinang. Anda juga boleh menggunakan akaun ini untuk deposit terus ke dalam akaun Maybank 007152302280 diatas nama (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang.)

Sila maklumkan kami jika anda memerlukan resit.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik (0194708811)
Abdullah Shabri (013-4884630)
Haji Taufek Abdul rahman (019-4153830)

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...