Sabtu, 24 Oktober 2009

Isu ADUN Kota Siputeh: Speaker tunggu mahkamah-malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail masih menunggu maklum balas Mahkamah di Putrajaya, berhubung tarikh sebutan kes permohonan semakan kehakiman yang dibuat terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.

Dr Abdul Isa berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima tarikh mahupun sebarang surat rasmi berhubung isu itu.

“Panel peguam yang dilantik juga belum memaklumkan perkembangan terbaru kes itu, namun ianya sedang dalam proses mendapatkan tarikh sebutan. Kerajaan Negeri sudah bersedia dari semua aspek untuk mengemukakan apa sahaja bukti yang diminta, dan akan memberi kerjasama yang sebaik mungkin,” katanya.

Dr Abdul Isa berkata, pihaknya juga tiada masalah dalam mengemukakan saksi-saksi sekiranya diperlukan bagi melancarkan proses semakan terbabit.

“Mungkin ianya mengambil masa sedikit, namun saya berharap perkara ini cepat diselesaikan, untuk melancarkan persidangan Dewan kelak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kedudukan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh telah dipanjangkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

“Jawatankuasa akan bermesyuarat pada 26 Oktober ini bagi menentukan sama ada Abu Hasan telah melanggar peraturan, selepas gagal hadir dua kali berturut-turut mesyuarat DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu,” katanya.

Berikutan itu, Abu Hasan berkemungkinan digantung tugas atau menghadiri sesi DUN pada pertengahan bulan depan.

Dr Abdul Isa yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, jawatankuasa akan menentukan sama ada Abu Hasan telah melanggar hak dan kebebasan DUN dari sudut undang-undang berikutan ketidakhadiran itu.

Pada 1 Oktober lalu, Dr Abdul Isa memfailkan permohonan semakan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan KuasaKuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta melalui firma guaman Tetuan Chooi & Co dengan menamakan Abu Hasan dan SPR sebagai responden.

Dr Abdul Isa memohon mahkamah mengeluarkan perintah mengisytiharkan Abu Hasan bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang DUN itu.

Berikutan itu, beliau selaku Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN bagi kawasan Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil, termasuk perintah injunksi untuk menghalang Abu Hasan daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

SPR pada 1 September lalu memutuskan tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas.

Sementara itu, Abu Hasan gagal dihubungi untuk diminta mengulas perkembangan berhubung kes itu.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...