Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Kantoi...‘Tentera Punggung’ Pelakon Utama Iklan Fitnah Air Selangor ??????

SEBELUM! KINI !    Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem “Masalah Air Di Selangor” yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.   Setelah “berjuang” habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam “filem iklan” untuk memburukkan kerajaan PR Selangor – kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. “(Iklan) kempen air. Selebihnya saya t

Raja Nong Chik terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau.

KUALA LUMPUR 24 September: Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah  Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam menganggu penduduk ketika solat. Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma. Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah. Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. “Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau. “Kita tidak halang

Isu Air... MB Pahang cuba menaniaya rakyat Selangor - SAMM Selangor

MENTERI Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang. Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang Menteri Besar berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah. SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar.  SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang

BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: Pemuda UMNO bersifat bermuka-muka

BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: AMK AKAN BERSOLIDARITI BERSAMA PEMUDA PAS Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW. AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok. Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan. Rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik. Di

Ketua Srikandi PKR mencabar ketua wanita UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Ahad lalu mengatakan pemimpin-pemimpin Pakatan amat gerun dengan slogan Janji Ditepati yang digunakan oleh BN. Slogan BN ‘Janji Ditepati’ dilihat sebagai platform ampuh kepada Perdana Menteri untuk menyerang pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara. Bagaimanapun kenyataan Najib tersebut dibidas oleh Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang menyifatkan slogan itu hanya layak untuk dikritik, bukannya ditakuti. “Slogan tersebut direka untuk memanipulasi rakyat dan bagi menutup penyelewengan Umno selama 50 tahun memerintah, jadi tidak timbul istilah gerun terhadap slogan itu,” kata Aishah. “Malah, terbukti slogan itu menjadi kritikan setiap golongan tak kira muda dan tua, soalnya janji apa yang ditepati? Janji mana?” soal Aishah ketika dihubungi. “Najib yang sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mengesahkan bahawa slogan itu hanya retorik politik semata-mata. “Berbeza dengan Pak

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG - YB Malik Kassim

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 19 SEPTEMBER 2012 ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan  saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu. Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.  Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’ Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.  Beberapa laporan polis t

PERISYTIHARAN KUCHING- 16 SEPTEMBER 2012

JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA. BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA. BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGA