Pagi ini saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek (petugas Pusat Khidmat Permatang Pauh) terkejut apabila beliau datang ke Pusat Khidmat jam 10 pagi, beliau menjumpai ayam berdarah dengan satu kaki tergantung di Pusat Khidmat Permatang Pauh Dun Seberang Jaya dan Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh. Apakah motif mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian? Budaya politik apa yang mahu dibawa ke Malaysia? Budaya berbau ugutan adalah budaya samseng ala umno dan perkasa ujarnya kepada sharpshooter. Saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek merupakan abang kepada Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek yang tercedera ditembak polis dalam demo BERSIH 2.0 Pejuang Kemaafan yang juga anggota Jingga 13 Pulau Pinang berkata beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 3.00 pagi tetapi tiada apa yang berlaku. Manakala menurut saudara Mohd Saiful beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 7.30 pagi tetapi katanya ayam tersebut tiada. Beliau juga hairan apa motif mereka berbuat demikian. Ketua
zul mamak png