SHAH ALAM 30 Julai - Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa mempersoalkan pendirian hipokrit Umno Selangor yang berdiam diari terhadap pembayaran RM77 juta kepada firma pro Zionis-Israel, Apco Worldwide untuk menasihati Perdana Menteri tetapi menganggap peruntukkan RM15 juta kerajaan negeri untuk sistem penyampaian maklumat sebagai membazir. Fariz berkata kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus berhubung peruntukan tersebut diibaratkan meludah ke langit. Malah Fariz berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak membayar khidmat Apco adalah lebih besar daripada peruntukan yang diberikan oleh Abdul Khalid. "Umno memperuntukkan RM77 juta untuk Apco untuk penyebaran maklumat mereka dan jumlah ini melebihi daripada apa yang kita peruntukkan. Kenapa Umno Selangor tidak bising mengenai isu Apco dan menganggap ini satu pembaziran yang terang dan nyata. "Kita tahu Apco dibayar untuk urusan komunikasi selain khidmat nasihat kepada Najib dan Umno. Mungkin jug
zul mamak png